Cha Eun-woo kembali ke Malaysia di acara ‘Just One 10 Minute Mystery Elevator’

Peminat bintang kacak dari Korea Selatan ini berpeluang bertemu dengannya 24 Februari ini

6:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon kacak Korea Selatan, Cha Eun-woo akan kembali bertandang ke Malaysia pada 24 Februari ini sempena acara ‘Just One 10 Minute Mystery Elevator’ bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Acara istimewa ini dibawakan khas Viu Malaysia yang merupakan perkhidmatan penstriman video OTT dan ia juga sebahagian daripada siri Viu Scream Date.

Just One 10 Minute merupakan konsep unik Cha Eun-woo yang bermaksud dia akan menunjukkan segala-galanya tentang dirinya untuk membuat sesiapa sahaja jatuh cinta dalam masa 10 minit.

Konsep ini mula diperkenalkan dalam perjumpaan bersama peminat sebelum ini dan mendapat maklum balas sangat baik berikutan persembahan beliau yang mantap dan berkualiti tinggi.

Nama Cha Eun-woo mula menjadi sebutan selepas membintangi drama popular True Beauty. Ketampanan wajahnya menjadi kegilaan ramai. Dia juga merupakan salah seorang anggota kumpulan muzik Kpop, Astro.

Antara drama lain yang dibintanginya yang turut mendapat perhatian adalah My ID is Gangnam Beauty dan yang paling terbaru, A Good Day To Be A Dog.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk menghadiri acara istimewa ini, boleh layari laman sesawang Ticket2u.com. Harga tiket bermula dari RM358 (CAT1), RM588 (VIP) dan RM858 (VVIP).

Semua pemegang tiket akan menerima kad foto yang telah ditandatangani Cha Eun-Woo. Pemegang tiket VVIP pula layak mendapat pas eksklusif untuk sesi ‘Hi-Bye’ dan raptai, dengan hanya 30 individu bertuah yang akan menerima kad foto tulisan tangan oleh Cha Eun-woo sendiri.

Malah, 100 pemegang tiket VVIP dan 25 pemegang VIP dan CAT1 berpeluang menerima poster yang telah ditandatangani oleh artis tersebut. Selain itu, peminat dari semua kategori berpeluang memenangi sejumlah 10 barangan eksklusif ditandatangani Cha Eun-woo.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, boleh layari laman sesawang rasmi Viu Malaysia. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related