KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda, Rod Steward, 79, membatalkan konsertnya ‘Live In Concert, One Last Time’ di Kuala Lumpur yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 4 Mac 2024 di Axiata Arena.
Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan pihak penganjur iaitu Live Nation Malaysia, konsert tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak dijangka.
Kepada peminat yang sudah membeli tiket menerusi platfrom penjualan tiket GoLive Asia, mereka akan menerima pulangan wang menerusi kaedah pembayaran asal.
Satu emel akan dihantar kepada pembeli untuk proses pembayaran semula dalam tempoh lima hari.
Pembatalan konsert ini nyata mengecewakan ramai peminat yang menunggu kehadiran Rod ke Malaysia sejak hampir tiga dekad lalu.
Menerusi tinjauan Scoop di laman sesawang rasmi Live Nation Asia, Rod bukan sahaja membatalkan konsert jelajahnya di Malaysia, tetapi di beberapa negara Asia, seperti Hong Kong, Filipina dan Taiwan.
Bagaimanapun tiket konsertnya di Thailand, Singapura dan Jepun masih dijual. – 8 Februari 2024