Elvina Mohamad serik berlakon filem seram kerana…

Menurut Datin Elvina, akibat sering berhadapan dengan pengalaman menyeramkan di set penggambaran, dia hampir menarik diri daripada membintangi filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam

3:02 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon Datin Elvina Mohamad akui serik berlakon filem seram kerana sering diganggu ketika di set penggambaran filem terbarunya yang berjudul Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

Menurut Elvina, sepanjang menjalani penggambaran di sebuah rumah lama yang terletak di Pulau Carey, kru produksi sering diganggu dengan perkara mistik.

“Bila kami tiba di rumah tersebut, penjaga di situ sudah beritahu kena jaga mulut jaga kelakuan. Pada mulanya tiada apa-apa yang berlaku.

“Tetapi lama-lama ada macam-macam perkara yang berlaku seolah-olah tidak mengizinkan kami meneruskan penggambaran.

“Antaranya salah seorang kru produksi terjatuh dari atap. Ada bunyi pelik pada walkie talkie dan sebagainya.

“Pada hari terakhir kami menjalani penggambaran, orang yang sedang baiki atap yang rosak dia beritahu dia nampak saya ada di tingkat atas, sedangkan saya di bawah,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

Kongsi Elvina lagi, dia sendiri mengalami pengalaman menyeramkan apabila ternampak dua pelakon yang memainkan watak hantu, sedangkan hanya seorang sahaja yang disolek untuk menjadi hantu.

“Pengarah bagi arahan bahawa saya akan nampak pelakon yang memainkan watak hantu tersebut di satu bahagian. Lepas tu saya nampak ada dua hantu di dua bahagian. Jadi saya tanya pengarah kena pandang dua-dua tempat ke, tetapi pengarah kata kita hanya ada satu sahaja hantu.

“Ketika itu tubuh saya sudah menggigil, saya tak tahu nak buat apa. Saya minta pada pengarah untuk berhenti sekejap kerana saya dah tak boleh nak teruskan berlakon.

“Saya rehat sekejap pasang ayat-ayat suci Al-Quran, Zahiril Adzim pun cuba untuk tenangkan saya. Selepas sambung penggambaran saya kena pastikan ada orang tunggu dengan saya di belakang,” kongsinya.

Tidak hanya berakhir di set penggambaran, Elvina juga diganggu selepas pulang ke rumahnya.

“Setiap kali saya pulang ke rumah untuk tidur, saya pasti akan kena tindih sampai saya tak boleh bernafas. Saya nampak ada bayangan hitam.

“Biarpun ketika itu tengah hari. Sebab saya akan pulang ke rumah pagi. Jadi saya akan tidur sampai tengah hari.

“Jadi kalau saya nak tidur, saya kena pasang muzik agar keadaan tidak sunyi barulah saya boleh tidur.

Disebabkan sering mengalami kejadian menyeramkan, Elvina sempat terfikir untuk menarik diri daripada membintangi filem tersebut.

“Bila dipertengahan penggambaran bila berlaku macam-macam perkara saya rasa macam dah nak tarik diri. Saya rasa sangat takut tambahan pula saya ada anak kecil saya takut ‘benda’ tu kacau sampai rumah.

“Tetapi bila difikirkan semula, saya sudah pun tandatangan kontrak. Nak tak nak saya kena habiskan juga penggembaran,” katanya.

Filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam arahan Azaromi Ghozali ini yang turut dibintangi Zahiril Adzim, Ruminah Sidek, Sahronizam dan ramai lagi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 15 Februari 2024. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related