Grammy 2024: Taylor Swift pecah rekod, Miley Cyrus menang pertama kali, Celine Dion buat kejutan

Pelbagai perkara menarik berlaku sepanjang anugerah Grammy antaranya Jay-Z kesal isterinya Beyonce tak pernah menang anugerah Album Terbaik.

6:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi hip hop terkenal dunia, Jay-Z menyindir anugerah Grammy secara terang-terangan di atas pentas tentang isterinya iaitu Beyonce yang tidak pernah memenangi anugerah Album Terbaik meskipun dia merupakan pemenang trofi Grammy terbanyak.

Jay-Z menyindir pihak Grammy sewaktu memberikan ucapan ketika menerima anugerah Dr. Dre Global Impact Award pada majlis tersebut.

“Saya tidak mahu memalukan wanita ini (Beyonce), tetapi dia memiliki anugerah Grammy lebih banyak berbanding orang lain dan tidak pernah memenangi anugerah Album Terbaik.

“Fikirkan tentang perkara ini. Pemenang anugerah Grammy paling banyak, tapi tak pernah menang Album Terbaik. Sangat tidak kena,” katanya yang memberikan ucapan tersebut di samping anak perempuannya, Ivy Blue. 

Taylor Swift menggondol anugerah Album Of The Year (Album Terbaik) menerusi album Midnights. – Gambar Instagram Rasmi Grammy 2024, 5 Februari, 2024

Pada Anugerah Grammy edisi ke-66 itu, penyanyi dan komposer terkenal, Taylor Swift menggondol anugerah Album Of The Year (Album Terbaik) menerusi album Midnights. 

Kemenangan Taylor itu sekali gus melakar sejarah baru untuknya sebagai penyanyi yang paling banyak memenangi anugerah tersebut iaitu sebanyak empat kali.

Celine Dion turut membuat kejutan selepas menyepi selama beberapa tahun akibat masalah kesihatan kronik. – Gambar Instagram Rasmi Grammy 2024, 5 Februari, 2024

Taylor sebelum ini berkongsi kedudukan pemenang Album Terbaik terbanyak bersama Stevie Wonder, Paul Simon dan Frank Sinatra iaitu masing-masing memiliki tiga trofi.

Lebih manis anugerah Album Terbaik pada malam itu disampaikan oleh penyanyi hebat Celine Dion yang membuat kejutan selepas menyepi selama beberapa tahun akibat masalah kesihatan kronik.

Miley Cyrus turut mencipta kejayaan bermakna apabila pertama kali memenangi anugerah Grammy bagi kategori Record Of The Year dan Pop Solo Performance menerusi lagu hit Flowers. – Gambar Instagram Rasmi Grammy 2024, 5 Februari, 2024

Penyanyi sensasi, Miley Cyrus turut mencipta kejayaan bermakna apabila pertama kali memenangi anugerah Grammy bagi kategori Record Of The Year dan Pop Solo Performance menerusi lagu hit Flowers.

“I just won my first Grammy,” jerit Miley sewaktu dia membuat persembahan pentas menerusi lagu Flowers.

Penyanyi kelahiran Australia, Billie Eilish pula membawa pulang trofi Song Of The Year (Lagu Terbaik) menerusi lagu What Was I Made For? yang merupakan lagu runut bunyi filem Barbie. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related