KUALA LUMPUR – Berita duka disampaikan penyampai radio, pelakon yang juga pempengaruh, Jaa Suzuran apabila ayahanda tercintanya, Ahmad Mohd Salleh meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Memaklumkan berita duka itu di akaun Instagram miliknya, pemenang Pelakon Harapan di Festival Filem Malaysia ke-32 menerusi filem Auntum In Wales ini, memohon agar pengikutnya di platform media sosial tersebut untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya.
“Assalamualaikum sahabat Abe Jaa, Abe Jaa mohon untuk sedekahkan Al-Fatihah untuk abah Abe Jaa, Ahmad Mohd Salleh yang baru sahaja hembuskan nafas terakhir pada jam 9.20 pagi tadi. Moga Allah balas jasa anda semua Al-Fatihah,” katanya.
Namun, Jaa Suzuran tidak pula menyatakan secara terperinci di mana dan sebab apa arwah bapanya meninggal dunia.
Terdahulu, Jaa Suzuran memaklumkan bahawa bapanya berada dalam keadaan yang tenat dalam satu hantaran yang dimuatnaik semalam.
“Assalamualaikum sahabat-sahabat Abe Jaa, Abe Jaa nak minta jasa baik untuk abah Abe Jaa (Ahmad Mohd Salleh) yang sekarang tengah tenat Semoga Allah membala jasa korang semua,” tulisnya.
Salam takziah buat Jaa Suzuran dan seluruh keluarganya.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa arwah bapanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. – 3 Februari, 2023