Lagu Tahun Baru Cina Shila Amzah dengan legenda Hong Kong, Nancy Sit raih lebih 1.2 juta tontonan dalam 3 minggu

Tidak hanya merakamkan lagu itu bersama Nancy, Shila turut terlibat dengan penggambaran muzik video lagu Year of The Yo tersebut

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun baru sahaja dimuatnaik di platform YouTube pada 8 Januari lalu, lagu Tahun Baru Cina, Year Of The Yo yang dipersembahkan Shila Amzah bersama artis legenda Hong Kong, Nancy Sit sudah pun meraih lebih 1.2 juta tontonan.

Ia memang pencapaian cukup hebat dan luar biasa apatah lagi bila Year of The Yo ciptaan Jonathan Wong, dilancarkan di platform YouTube itu tanpa sebarang promosi besar-besaran.

Shila juga turut mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi Melayu pertama merakamkan lagu Tahun Baru Cina itu dengan Nancy Sit yang juga merupakan mentor kepada mendiang penghibur Anita Mui.

Tidak hanya merakamkan lagu itu bersama Nancy, Shila turut terlibat dengan penggambaran muzik video lagu Year of The Yo tersebut.

Dalam kalangan netizen Malaysia, rata-rata pula memuji projek lagu ini kerana ia bukan sahaja menyatukan hubungan Malaysia dan Hong Kong, tetapi pada waktu sama mengangkat perpaduan dan keharmonian Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum.

Tidak kurang juga yang berpendapat ia adalah lagu Tahun Baru Cina terbaik yang pernah dirakamkan untuk meraikan kedatangan Tahun Naga (elemen kayu) pada 2024.

Bagi peminat Shila yang berbangsa Cina pula, mereka menganggap projek kolaborasi Shila dengan Nancy Sit itu membuktikan titik permulaan untuknya kembali semula dengan lagu-lagu berbahasa Cina.

Berkongsi tentang projek lagu itu di Instagramnya, Shila berkata, dia sangat berbesar hati apabila dapat terlibat dengan projek lagu tersebut, apatah lagi berkolaborasi dengan Nancy Sit.

“Satu penghormatan untuk bekerja dengan anda. Banyak yang saya pelajari sepanjang proses rakaman dan penggambaran,” katanya.

Seperti mana kemeriahan lagu itu, penggambarannya juga nampak begitu meriah apabila melibatkan ramai bakat penari dan pelakon.

Paling seronok bila dengar Nancy bertanya kepada Shila yang dia dapat tahu, masyarakat Malaysia sangat sukakan hidangan Yee Sang.

Hidangan Yee Sang yang wajib disediakan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Shila juga memberitahu bahawa lagu Year of The Yo ini menampilkan empat bahasa, iaitu Mandarin, Kantonis, Inggeris dan Melayu yang dipersembahkan dalam satu lagu.

“Ia menceritakan bagaimana kita memiliki banyak kehendak dan inginkan perkara yang penting untuk kita. Contohnya, kita mahukan kesihatan yang bagus, kita mahukan cinta, kita mahukan sukses dan mahu memiliki rumah sendiri.

“Semua benda yang kita cita-citakan itu menjadi pembakar semangat untuk tahun 2024 ini,” katanya. – 3 Februari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related