Filem Rob N Roll: Maggie Cheung beli insurans untuk watak pegawai polis, Gordon Lam takut berkahwin

Maggie Cheung dan Gordon telah menggantikan tempat Aaron Kwok untuk mempromosikan filem Rob N Roll di Malaysia

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengalami masalah kesihatan, aktor terkemuka, Aaron Kwok terpaksa membatalkan hasrat untuk menjayakan rangka promosi filem Rob N Roll di Malaysia.

Untuk itu tempatnya digantikan pelakon lain iaitu Maggie Cheung dan Gordon Lam untuk mempromosikan filem itu yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 10 Februari ini.

Menurut Maggie Cheung, dia sangat gembira dan teruja untuk sama-sama mempromosikan filem ini di Malaysia dengan Gordon Lam. Apatah lagi, mereka sebelum ini pernah bekerjasama menerusi pelbagai naskhah klasik.

Maggie Cheung (kiri) dan Gordan Lam ketika berada di Malaysia dalam rangka promosi filem Rob N Roll. – Gambar PR, 2 Februari, 2024

Menariknya untuk filem Rob N Roll ini, Maggie Cheung terpaksa membeli insurans untuk melindungi setiap inci kulitnya demi membintangi filem aksi komedi tersebut.
 
Dia yang tidak pernah membawakan watak pegawai polis harus membuat keputusan tersebut kerana penggambaran babaknya melibatkan tembakan dan letupan sekali gus memberi impak emosi kepadanya.
 
Ini merupakan lawatan kedua Maggie Cheung ke Malaysia selepas tujuh tahun. Kali pertama dia ke Malaysia adalah untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Eastern Wallstreet pada 2017.
 
Gordon Lam yang membawakan watak sebagai pemandu teksi juga mempunyai kisah menarik untuk dikongsi dalam filem tersebut.

Watak pemandu teksi di pertengahan usia itu memerlukan dia untuk bermain dengan emosi kerana terpaksa berhadapan dengan ‘pertelagahan’ di antara  ibu dan isterinya yang sedang hamil dalam filem tersebut.

Gordon Lam memberitahu, dia mempunyai kerisauan untuk berkahwin kerana melakonkan watak yang dihimpit kemelut perbalahan antara ibu dan isteri.

“Walaupun pengarah menulis sebuah naskhah komedi, dia sebenarnya menulis tentang penderitaan ramai lelaki. Watak saya penuh dengan masalah keluarga.

“Anak perempuan mahu dia menjadi hero dan isteri saya mahu dia membuat lebih banyak wang untuk membeli rumah.

“Tapi dalam pada masa sama, saya tidak mencapai apa-apa standard yang ditetapkan. Sememangnya saya tidak berdaya dan lebih suka bekerja dalam kereta berbanding di rumah.” katanya.

Sementara itu, Aaron pula dalam satu kenyataan memberitahu, dia kesal untuk mengumumkan perubahan jadual di saat akhir disebabkan keadaan kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan lantas tidak dapat hadir ke Malaysia seperti yang telah dijadualkan.

Disebabkan masalah kesihatan fizikal secara tiba-tiba dan atas nasihat doktor yang memaklumkan dia harus mengelak penerbangan jarak jauh ditambah dengan jadual promosi yang padat, maka Aaron terpaksa melupakan hasrat mengubat kerinduan peminat Malaysia untuk bertemunya.
 
Rob N Roll mengisahkan seorang bekas ahli gusti, Mui Lam-tin (Aaron Kwok) yang bergelut dengan masalah hidup sehingga membuat keputusan dengan memberanikan diri merentas lautan ke Hong Kong untuk melakukan rompakan besar-besaran.

Bersama rakan-rakannya, Robby (Gordon Lam) dan Mo-yung Fai (Richie Ren) yang merupakan seorang pekerja sosial rumah jagaan, mereka secara tidak sengaja membentuk pasukan perompak untuk mendapatkan wang.

Rompakan tersebut membawa mereka ‘berkenalan’ dengan pegawai polis, Ginger (Maggie Cheung) yang nekad mahu menangkap mereka. Pelbagai aksi, pergolakan, drama dan komedi bakal disajikan dalam filem ini.

Selain Aaron Kwok, Maggie Cheung dan Gordon Lam, Rob N Roll arahan sutradara terkemuka, Albert Mak turut dibintangi SimonYam, David Chiang dengan penampilan istimewa  Lin Xue, Zeng Bitt, Wang Minde, Lu Haipeng dan Wu Dingxin. – 2 Februari 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related