Kerana Fly Halizor, gitar bass kesayangan Rashidi Ishak bertukar nilai dan bunyi, kesedapan yang teruk!

Menurut Rashidi, Fly bukan sahaja pemain bass handal tetapi juga pakar untuk set up gitar bass

4:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kembali bergiat aktif dalam bidang muzik yang sudah lama ditinggalkan, pelakon, pemuzik dan penyanyi Rashidi Ishak tidak dapat menahan rasa gembira apabila gitar bass kesayangannya sudah mula berfungsi dengan lebih hebat lagi.

Semuanya gara-gara bantuan pemain bass tempatan berkaliber, Fly Halizor yang banyak mengiringi persembahan showcase, konsert atau pembikinan lagu daripada artis terkemuka tanah air termasuklah Datuk M Nasir, Datuk Hattan, Datuk Awie, Ella dan Dayang Nurfaizah.

Menurut pemain gitar Dead Mushroom ini, Fly memang terkenal sebagai pemuzik sessi dan banyak lagu yang didengari di radio, dialah yang main bass termasuk single dikeluarkannya, Berdiri.

“Tapi ramai tak tahu Fly ini jugak terer set up gitar bass. Bak kata Roy yang juga pemain bass Dead Mushroom, ‘dia ni macam ni lah, kalau lu pakai Mercedes takkan hantar servis kat workshop Proton’.

“Jadi, aku ada gitar bass yang dah lama tak set up, makanya malam tadi berlakulah pertemuan ini. Gitar bass hantar kat orang yang tahu selok belok hal bass dan yang mengadap gitar bass hari-hari sepanjang hidup dia,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Sebaik sahaja Fly selesai melakukan tugasnya itu, ia bukan hanya memuaskan hati Rashidi tetapi gitar bass juga berhasil untuk naik taraf dan nilainya seolah-olah seperti gitar yang mahal harganya.

“Hasil dia? Kesedapan yang teruk. Gitar bass aku jadi macam gitar yang harganya berkali ganda. Ye, semudah itu. Memang terbaik,” kata Rashidi.

Dalam pada itu, Rashidi juga kini banyak beraksi bersama sebuah band muzik baharu iaitu The Joymaker sebagai vokalis dan pemain gitar. – 1 Februari, 2024

Topics

Popular

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Zhijie’s tragic death underscores crucial BAM-IJN partnership for athlete health

Incident a 'wake-up call' for importance of comprehensive health checks among athletes, medical assessments should be mandatory across all national sports associations, says BAM president

Chef Wan slammed for ‘racist’ comment on Aishwarya Rai’s dress at Cannes

Celebrity chef has likened Indian film star’s gown at festival to a ‘kavadi’

Related