Walau bersaing dengan 12 filem lain pada CNY, Tunku Mona percaya Rain Town akan dapat sambutan penonton

Filem Rain Town yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Taiping, Perak akan ditayangkan di pawagam 8 Februari ini

9:44 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pengarah filem, Tunku Mona Riza Tunku Khalid mengakui gementar apabila karya terbaharunya, Rain Town bakal bersaing dengan 12 filem lain di pawagam seluruh tanah air ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina (CNY).

Rain Town bakal ditayangkan di seluruh pawagam mulai 8 Februari ini.

Menurut Tunku Mona, pada awalnya, beliau tidak berhasrat untuk menayangkan filemnya itu pada waktu perayaan tersebut, namun telah dinasihatkan berbuat demikian oleh beberapa individu sewaktu filem tersebut masih lagi dalam proses ‘offline’ (pos-produksi).

Mengakui agak gusar dan gementar apabila Rain Town bakal bersaing dengan 12 filem lain sempena Tahun Baru Cina, pengarah Tunku Mona Riza percaya filem baharu arahannya itu akan dapat sambutan daripada penonton. – Gambar Instagram Tunku Mona Riza, 31 Januari, 2024

“Mereka menasihati kami bahawa tayangan Rain Town sempena Tahun Baharu Cina adalah bagus kerana kebanyakan filem yang ditayangkan pada musim perayaan ini bukan bergenre kekeluargaan sebegini.

“Kami akhirnya memutuskan untuk mendengar nasihat mereka dan melakukannya. Lazimnya ketika Tahun Baharu Cina, selalunya masyarakat Cina akan keluar menonton filem. Tapi, kita juga mahu orang Melayu, India dan yang lain-lain untuk menonton filem ini.

“Ya, memang persaingannya agak sengit. Tapi, Insya Allah, ia akan okay dan pada waktu yang sama, kami berharap akan mendapat sedikit bahagian daripada pasaran filem dari seluruh Malaysia.

“Dari sudut strategi pemasaran pula, pasukan media sosial kami sedang melakukan kerja mereka untuk mempromosikan filem ini kepada penonton berbilang kaum,” katanya pada tayangan perdana filem Rain Town di GSC, Starling Mall, petang tadi.

Menurut Tunku Mona lagi, idea untuk menghasilkan filem Rain Town bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang jurugambar pada 2016 mengenai kisah ‘Rain Betting’ di daerah Taiping.

“Saya sangat tertarik dengan kisah ‘Rain Bettting’ dan apabila saya melakukan kajian yang lebih mendalam, saya mendapat tahu bahawa Taiping juga dikenali sebagai ‘Rain Town’ kerana menerima jumlah hujan tertinggi di Malaysia.

“Saya kemudian memberitahu suami saya, Haris Sulong (produser Rain Town), bahawa ia sesuatu yang menarik kerana saya boleh menggunakan tajuk Rain Town itu sendiri kerana jika dibawa ke festival, saya tidak perlu menggunakan dua tajuk.

“Saya telah mewujudkan karektor bernama Choo yang suka bertaruh serta seorang bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sehingga menimbulkan konflik dalam keluarga mereka,” katanya lagi.

Jelas Tunku Mona lagi, pada asalnya dia mahu menghasilkan filem ini menggunakan bahasa Mandarin, namun disebabkan oleh barisan pelakonnya, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menukarnya kepada dialek Kantonis.

“Pelakon-pelakon saya terutama Chew Kin Wah dan Susan Lancaster memang tidak boleh berbahasa Mandarin. Mereka lebih selesa dengan dialek Kantonis.

“Dan memandangkan dialek Kantonis juga sudah makin lenyap dan bahasa Mandarin menjadi kebiasaan, ia memberikan saya sedikit kelegaan kerana menghasilkan Rain Town ini dalam dialek Kantonis,” katanya.

Selain Chew Kin Wah dan Susan Lancaster, filem Rain Town turut dibintangi Fabian Loo, Wilson Lee dan Pauline Tan. – 31 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related