Nabila Razali nak nyanyi di majlis perkahwinan peminat secara percuma

Hanya satu pasangan sahaja yang akan dipilih menerusi pertandingan yang dianjurkan di aplikasi TikTok

12:00 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi popular, Nabila Razali berhasrat membuat persembahan secara percuma di majlis perkahwinan peminatnya.

Menurut Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella, dia menganjurkan satu pertandingan di aplikasi TikTok, di mana sesiapa yang menggunakan lagu terbarunya iaitu Hanya Kamu akan memenangi pertandingan tersebut.

“Siapa yang guna lagu Hanya Kamu dan kongsi momen manis anda di Tik Tok, saya akan terjah majlis perkahwinan anda dan buat persembahan menyanyikan lagu tersebut sebagai hadiah perkahwinan anda.

“Kalau sesiapa yang nak saya menyanyi di majlis perkahwinan mereka jangan lupa ‘tag’ saya pada video anda berserta tanda pagar #HanyaKamuHot,” katanya kepada Scoop.

Kongsi Bella lagi, dia juga tidak kisah lokasi majlis perkahwinan itu diadakan termasuklah di kawasan kampung.

“Hanya satu pasangan sahaja yang akan dipilih. Tak kisah mereka tinggal di mana sekalipun. Tetapi harap-harap tak perlu naik kapal terbang. Kalau tak, tak balik modal,” katanya berseloroh.

Ditanya mengapa dia sanggup menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan peminat, kata Bella dia faham situasi di mana ada pihak teringin mengundang artis kegemaran mereka menyanyi di majlis perkahwinan, tetapi mempunyai kekangan dari segi bajet.

“Saya selalu dapat undangan untuk menyanyi di majlis perkahwinan. Tetapi kadang-kadang majlis perkahwinan berlangsung di mana-mana sahaja dan pengantin pasti punya bajet mereka sendiri.

“Saya sangat faham dengan situasi ini. Jadi kepada bakal pengantin yang ingin majlis perkahwinan mereka dimeriahkan lagi dengan kehadiran saya, bolehlah sertai pertandingan ini,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Hanya Kamu yang diciptakan khas untuk suaminya sempena majlis perkahwinan mereka pada November lalu, kata Bella ramai yang sukakan lagu tersebut.

“Alhamdulillah sambutan terhadap lagu tersebut sangat positif. Yang mana masih bujang rasa tak sabar nak kahwin sebab nak gunakan lagu Hanya Kamu sebagai lagu tema perkahwinan mereka. Saya sangat gembira bila orang cakap lagu tersebut sangat ‘sweet’.

“Ini kali pertama saya buat lagu yang tidak bersedih atau tidak galau. Kebanyakan lagu saya sebelum ini lebih ke arah galau atau marah-marah.

“Dan kali ini, jika dapat undangan menyanyi di majlis perkahwinan, saya sudah ada lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. Kalau sebelum ini, takkan nak menyanyi lagu Peluang Kedua, kasihan pengantin,” katanya. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Popular

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related