Noh Salleh mohon maaf, padam gambar Musa dari media sosial

Noh membuat permohonan maaf tersebut selepas digesa ibu kandung Musa yang dikenali sebagai Athira

8:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Noh Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosialnya selepas digesa berbuat demikian oleh ibu kandung kepada anak angkatnya Musa yang dikenali sebagai Athira.

Athira sebelum ini menggesa Noh untuk berbuat demikian selepas vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi wajah Musa di akaun media sosialnya selain menarik balik kenyataan dikeluarkan menerusi program Melodi yang disifatkannya menimbulkan kekeliruan.

“Saya Mohammad Noh Salleh ingin memohon maaf kepada ibu kandung Musa, Wan Nur Aishah Athirah dan akan turuti tuntutan beliau untuk tidak memuatnaik gambar Musa lagi dan akan memadam gambar Musa di media sosial saya.

“Saya tidak tahu-menahu mengenai perjanjian ini dibuat oleh pihak ibu kandung dan bekas isteri saya, Mizz Nina di mana kami dilarang untuk memuatnaik gambar Musa di mana-mana platform media sosial.

“Saya hanya berbuat demikian kerana terlalu rindukan Musa dan ingin saya jelaskan sekali bahawa Musa bukan berada di bawah jagaan saya pada waktu ini dan telah pun saya serahkan kepada Mizz Nina seperti yang saya jelaskan sebelum ini.

“Saya juga berharap agar ibu kandung kepada Musa dapat menerima permohonan maaf daripada saya. Saya juga ingin berterima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya dan juga Mizz Nina,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Sementara itu, di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap Noh kerana perlu melalui perkara ini hanya kerana rindukan anaknya.

Terdahulu, minggu lalu Mizz Nina hadir ke rumah Noh bersama pihak polis untuk mengambil Musa kerana dia didakwa menculik anaknya dengan bantuan pembantu rumah.

Bagaimanapun, Noh menafikan perkara itu. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related