Imran nafi bergaduh dengan Fazley, berhenti kerja kerana ingin fokus diri sendiri

Setelah berhenti kerja, graf kerjaya seni Imran dilihat semakin menaik dan bakal muncul dengan konsert solonya bulan depan

7:13 PM MYT

 

PETALING JAYA – Penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain menafikan dirinya bermasam muka dengan Datuk Fazley Yaakob selepas mereka tidak lagi dilihat bersama seperti sebelum ini.

Menurut Imran atau nama sebenarnya, selepas 15 tahun dia kini tidak lagi bekerja dengan Fazley dan kembali ke Singapura untuk menetap bersama ibunya selain mendapat tawaran kerja lain di sana.

“Selama tempoh tersebut sudah banyak produk yang keluar hasil idea saya dan berjaya. Saya juga sangat sibuk sewaktu bekerja di bawah syarikat Suka Sucre.

“Malah sampai tak ada masa nak jumpa ibu saya di Singapura. Bila kawan-kawan dari Singapura nak datang Kuala Lumpur, saya minta mereka tumpangkan ibu saya.

“Tidak dinafikan perkembangan kerjaya seni saya sedikit tersekat ketika saya masih bekerja. Saya rasa kini sudah tiba masanya untuk saya fokus pada diri saya pula.

“Jadi tiada istilah saya bergaduh dengan Fazley. Kami masih berkawan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Malam Seribu Tahun.

Selepas berhenti kerja bersama Fazley, perjalanan karier seni Imran juga dilihat kembali bersinar.

Malah dia kini muncul dengan lagu baharu berjudul Padam Dan Pergi serta bakal mengadakan konsert solo sulungnya tidak lama lagi.

Imran Ajmain menafikan dirinya bermasam muka dengan Datuk Fazley Yaakob selepas mereka tidak lagi dilihat bersama seperti sebelum ini. – Gambar Facebook Fazley Yaakob, 26 Januari, 2024

“Saya baru selesai mengadakan konsert di Singapura. Alhamdulillah (tiket) konsert itu sold out (habis terjual). Konsert di Malaysia pula bakal berlangsung pada 2 dan 3 Februari ini. Dan saya tak sangka tiket konsert ini juga sold out dalam masa 55 minit sahaja.

“Sejujurnya saya menangis lepas tahu tiket konsert ini sold out. Saya tak sangka seorang penyanyi seperti saya yang tidak punya ramai pengikut di media sosial dan tidak sepopular penyanyi lain dapat merasai peluang seperti ini,” jelasnya.

Imran turut berterima kasih kepada penganjur konsert tersebut iaitu Elmi Elmo yang membuka ruang kepadanya untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

“Semua ini tak akan terjadi kalau bukan kerana Elmi Elmo. Dia yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang penyanyi di acara anjurannya pada 2022.

“Dari situ, saya dapat sokongan hebat dari penonton yang hadir sehingga jumlah pendengar di Spotify saya naik.

“Kemudian saya sertai banyak lagi acara anjurannya seperti Malam Galau. Dari situ saya lihat penonton masih tahu lagu-lagu saya seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun.

“Sejujurnya bila tengok reaksi begitu, saya hampir pitam selepas buat persembahan. Saya rasa macam tak percaya ada orang yang tahu lagu-lagu saya,” ujarnya. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related