Sufian Suhaimi akui kecewa tak dapat buat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 38

Lagu Budi dirasakan mempunyai potensi untuk ke pentas AJL, malah persiapan telah pun dibuat sebanyak 70 peratus

2:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Sufian Suhaimi akui kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM) kerana pencipta lagu tersebut, Kmy Kmo dan Luca Sickta telah menarik diri.

Menurut Sufian, dia pada mulanya teruja apabila mendapat tahu lagu Budi nyanyiannya bersama Kmy dan Luca berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir.

“Sebenarnya saya dan pihak Rusa Music agak berteka-teki sebelum sampai ke keputusan menarik diri. Walaupun saya penyanyi lagu tersebut, tetapi saya bukanlah pencipta lagu itu. Hanya pencipta yang mempunyai kuasa untuk sertai atau menarik diri.

“Beberapa hari sebelum sidang media pengumuman lagu-lagu yang tercalon di SFMM38, saya diberitahu bahawa lagu Budi tercalon. Saya agak terkejut kerana sebelum itu saya difahamkan bahawa lagu ini tidak tercalon.

“Tetapi bila dipanggil untuk sidang media saya rasa gembira dan teruja. Namun sehari sebelum hari sidang media, ada isu tentang dua lagi penyanyi mungkin tak datang atas faktor kesihatan dan faktor yang tak dapat dielakkan. Status lagu itu pun sudah mula dipersoalkan sehari sebelum sidang media. Jadi saya juga membuat keputusan untuk tidak pergi,” katanya ketika ditemui di sidang media Absolut Bazaar x Gaya Raya Festival 2024.

Katanya, dia hanya dimaklumkan lagu tersebut betul-betul tidak akan bertanding beberapa hari sebelum hari persembahan.

“Perkara ini menjadi isu juga kerana pada mulanya saya dimaklumkan untuk mencari penyanyi ganti lain untuk menyanyi bersama saya. Bila diberitahu bahawa lagu itu sah tidak akan bertanding sudah tentu saya rasa agak kecewa. Saya pun sudah lama tidak beraksi di pentas separuh akhir.

“Tambahan pula saya rasa lagu ini mempunyai potensi untuk ke pentas akhir. Lagu ini unik, ada warna dan hidup. Saya teruja untuk membawakan sesuatu yang berbeza kerana sebelum ini orang asyik tengok saya bawa lagu balada. Mungkin lagu ini dapat tambah kemeriahan di pentas separuh akhir.

“Bila diberitahu lagu ini layak ke SFMM38, saya sudah ada bayangan bagaimana nak persembahkannya. Kita juga dah berbincang tentang kostum. Persiapan juga sudah dilakukan hampir 70 peratus. Tetapi saya akur apabila lagu ditarik daripada menyertai SFMM33,” katanya.

Biarpun terpalit dengan isu ini, namun kata Sufian, dia tidak berdendam dengan sesiapa dan menganggap tiada rezeki untuk beraksi di SFMM38.

Terdahulu pada 17 Disember lalu, Sufian mengumumkan lagu Budi menarik diri dari beraksi di pentas SFMM38 beberapa jam sebelum siaran langsung menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram. – 25 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah untuk rekod pengakuan: Polis

Ibu kepada Zayyan Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf dibawa ke mahkamah untuk direkod pengakuan di bawah Akta Keterangan 1950.

Related