Bella Astillah mohon maaf pakai gaun seksi terbelah nampak paha

Penyanyi itu mengakui kekhilafannya dan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian selepas ini

7:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon maaf kerana memakai gaun seksi yang terbelah di bahagian kaki sehingga menampakkan pahanya dalam video yang dimuatnaik di TikTok.

Menurut Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, gaun tersebut diberikan oleh penata gaya kepadanya.

@bellaastillah_94

Once you lose me, I’m unreachable, Unavailable, Uninterested😉 @Pinklady Queen

♬ Agora Hills – 𝔓𝔦𝔵𝔦𝔢 𝔓𝔯1𝔫𝔠𝔢

“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu saya pakai hanya untuk buat ‘review’ sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024.

Isteti kepada Aliff Aziz itu juga mengakui dia terbuka menerima setiap kritikan yang diberikan orang ramai mengenai penampilannya itu.

Malah, dia memberitahu suaminya turut memberi pandangan mengenai setiap busana yang dipakainya selama ini.

“Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir, saya rasakan mungkin kurang sesuai.

“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan Bella memakai gaun berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan bahagian paha kerana belahan yang agak tinggi. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related