Tak muncul dalam Nasi Lemak Kopi O, rupa-rupanya Fizo Omar masuk hospital

Fizo berharap masyarakat tidak akan memandang mudah tentang isu kesihatan serta menyenaraikan tiga perkara yang perlu diutamakan

8:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Fizo Omar tampil menjelaskan sebab-sebab ketiadaannya pada hari kedua rancangan bual bicara, Nasi Lemak Kopi O yang kembali bersiaran semula pada 17 Januari lalu selepas ia dihentikan untuk sekian lama.

Menceritakan perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya, Fizo yang menggelarkan dirinya sebagai Abe Jo berkata, pada hari kedua itu, dia sepatutnya bersiaran untuk rancangan Nasi Lemak Kopi O, namun tiba-tiba pengsan dan dibawa ke hospital.

“Hari itu saya bangun pagi, masa tengah solat waktu berdiri, tiba-tiba rasa rumah berpusing. Tersembam muka atas sejadah. Terus rasa macam tak sedar apa. Cuma dengar Faz (isteri) menjerit sebab saya pengsan.

“Faz juga menghubungi jiran-jiran untuk meminta tolong dan dalam sedar tak sedar, saya telah dibawa ke hospital dengan ambulans. Sampai di hospital, doktor buat MRI Scan.

“Masa itu rasa takut juga. Sebab terfikir aku kena strok, masalah jantung? Sebab kita sihat, tiba-tiba jadi macam ini,” katanya.

Setelah pemeriksaan dilakukan, akhirnya Fizo mendapat tahu dia telah diserang penyakit vertigo yang berkaitan dengan keseimbangan badan.

“Susah nak jelaskan vertigo ini. Nanti anda semua google dan carilah. Penyakit ini tak bahaya tapi dia akan jadi bahaya bila kita pengsan waktu memandu, waktu berada dalam bilik air atau bila pegang anak,” jelasnya.

Menurut Fizo, dia seorang yang sangat menjaga kesihatan dan tidak mengambil makanan yang manis berlemak dan sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, namun dengan tidak disangka-sangka telah diserang vertigo.

Sehubungan itu kata Fizo, dia berharap masyarakat tidak akan memandang mudah tentang isu kesihatan serta menyenaraikan tiga perkara yang perlu diutamakan.

“Pertama, kita kalau sakit, jangan sibuk hubungi doktor atau pekerja-pekerja, tapi kita minta tolonglah dengan jiran-jiran.

“Tak sampai lima minit jiran-jiran yang bantu dan uruskan waktu saya pengsan dan mereka juga yang tolong panggilkan ambulans. Syukur alhamdulillah kerana mereka bertindak cepat membantu menyelamatkan saya.

“Kedua, selalulah buat pemeriksaan kesihatan. Saya selalu buat setahun sekali. Tapi kadang-kadang, tertinggal juga. Sebaiknya, buatlah dua kali setahun.

“Kalau kita selalu melakukannya secara konsisten, kita akan tahu berapa bacaan tekanan darah tinggi kita, berapa paras gula atau kolestrol dan macam-macam lagi.

“Macam saya yang dah nak masuk 40 (tahun),kena biasakan buat pemeriksaan kesihatan. Tapi, tak kiralah tua atau muda, ia perlu jadikan kebiasaan.

“Ketiga, beli insurans. Sebab kita takkan tahu bila kita akan sakit. Alhamdulillah, saya masuk hospital, segalanya insurans yang bayar. Boleh tahan juga bil. Beribu-ribu jugak,” katanya.

Di kesempatan itu juga, Fizo turut mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran rumahnya yang telah membantu dia dan isterinya pada detik-detik yang mencemaskan itu.

Nasi Lemak Kopi O yang kembali bersiaran di TV9 setiap Rabu hingga Jumaat bermula jam 10.30 pagi, menampilkan ramai wajah barisan pengacara baharu termasuk Fizo Omar, Erra Fazira serta dan Datin Seri Heliza Helmi. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related