12 kali lakonkan babak menggendong Sophia Albarakbah dalam filem Jiwa 18 – Shah Radhi

Filem Jiwa 18 merupakan filem sulung Shah Radhi dan Sophia Albarakbah yang menjalani penggambaran pada 2018

3:35 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon, Shah Radhi memberitahu dia terpaksa melakonkan babak menggendong Sophia Albarakbah sebanyak 12 kali dalam filem sulung lakonan mereka, Jiwa 18 yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Dalam filem arahan S.Baldev Singh yang menjalani penggambaran pada 2018 itu, terdapat babak di mana Shah terpaksa menggendong Sophia selepas mereka terlibat dalam kemalangan.

Dalam filem Jiwa 18 yang menjalani penggambaran pada tahun 2018, terdapat babak di mana Shah Radhi terpaksa menggendong Sophia Albarakbah selepas mereka terlibat dalam kemalangan – Gambar Instagram, 21 Januari, 2024

“Babak itu sebenarnya dilakukan dalam dua posisi iaitu naik bukit dan turun bukit. Dan saya perlu menggendong dia sambil membaca dialog.

“Memang agak ‘struggle’ juga kerana perlu berjalan kira-kira 50 meter. Tubuh saya ketika itu juga bukan seperti sekarang, Waktu tu belum pergi ‘gym’ lagi. Agak menggeletar jugalah kaki saya,” katanya sewaktu ditemui di tayangan perdana filem Jiwa 18.

Ditanya tentang pengalamannya menjadi hero pertama yang digandingkan dengan Sophia, kata Shah, ketika itu mereka berdua masih baru dan bukan siapa-siapa dalam industri.

Selain Shah dan Sophia, filem Jiwa 18 yang mula ditayangkan sejak 18 Januari lalu turut dibintangi oleh antara lain, Izuan Razali, Ikhram Juhari dan A Galak – Gambar Instagram, 21 Januari, 2024

“Ketika itu saya sudah terlibat dengan beberapa drama sebagai watak pembantu. Tetapi Sophia, filem ini adalah permulaannya dalam dunia lakonan.

“Disebabkan masing-masing masih baru ketika itu, jadi tiada masalah untuk kami berlakon dan mencipta ‘chemistry’ bersama.

“Dia seorang pelakon yang bagus. Biarpun dia pelakon baru tetapi komitmennya wajar dipuji,” katanya.

Selain Shah dan Sophia, filem Jiwa 18 yang mula ditayangkan sejak 18 Januari lalu turut dibintangi oleh Izuan Razali, Ikhram Juhari, A Galak, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. – 21 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related