Cik Piah Suria FM pernah dibayar gaji RM30 sejam sebagai penyampai radio

Masih ada penyampai radio baru yang menerima bayaran gaji sedemikian

4:21 PM MYT

 

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah mendedahkan pernah menerima bayaran gaji sebanyak RM30 sejam di awal kemunculannya sebagai penyampai radio.

Menurut Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 35, itu adalah harga gaji bagi pendatang baharu sepertinya yang menjadi penyampai radio secara sambilan.

“Sewaktu saya menjadi penyampai radio sambilan dulu, itulah jumlah gajinya.

“Bekerja pula hanya empat jam sahaja sehari. Mana ada orang ke udara selama lapan jam. Dan kita bukan bekerja setiap hari,” katanya kepada Scoop.

Biarpun harga tersebut diterimanya lebih 10 tahun yang lalu, tetapi kata Cik Piah sehingga kini masih ada penyampai baharu yang menerima bayaran gaji sedemikian.

“Kepada adik-adik yang ingin menjadi penyampai radio, walaupun anda belajar bidang yang penyiaran, tetapi tidak boleh terus ‘demand’ gaji tinggi.

“Kena start from zero barulah boleh jadi hero,” kongsinya.

Terdahulu sejak beberapa hari lalu tular di media sosial isu mengenai bayaran gaji penyampai radio apabila ada pihak mendedahkan gaji yang diterima boleh mencecah sehingga RM150,000 sebulan. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related