Ini sebab kenapa kontrak Tyzo bersama Suria FM tidak disambung

Ogos lalu pihaknya telah berbincang dengan Tyzo untuk menyambung kontraknya selama setahun

6:48 PM MYT

 

PETALING JAYA — Enggan menyambung kontrak selama setahun dan penurunan jumlah pendengar untuk segmen Suria Petang adalah antara sebab kenapa kontrak penyampai radio, Tyzo Xander tidak disambung bersama stesen radio Suria FM.

Menurut Pengerusi Star Media Radio Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Datuk Dr Mohd Aminudin Mohd Rouse, pihaknya telah berbincang dengan Tyzo pada bulan Ogos lalu untuk menyambung kontraknya selama setahun.

Tyzo bagaimanapun hanya ingin menyambung kontrak untuk tempoh enam bulan sahaja.

“Tyzo beritahu bahawa dia mahu fokus pada kerja-kerja lain antaranya perniagaannya.

“Biarpun Tyzo memenangi anugerah Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu, namun kemenangan itu tidak membawa kepada pertambahan jumlah pendengar.

“Malah jumlah pendengar untuk segmen Suria Petang semakin menurun,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media bersama Suria FM di sini hari ini.

Tambahnya lagi, untuk tahun 2024 Suria FM ingin melakukan perubahan dengan mengambil barisan penyampai baru seperti Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Chilok dan Kai Hassan.

“Apa yang paling saya pentingkan adalah jumlah pendengar dan keuntungan syarikat.

“Tahun 2021 menyaksikan buat kali pertama radio Suria FM berjaya membuat keuntungan selepas DJ Lin dilantik sebagai pengurus.

“Tahun 2022 pula keuntungan itu bertambah. Untuk tahun 2023, keputusan belum diumumkan. Namun melihatkan situasi tahun lalu, rasanya ada penurun sedikit.

“Disebabkan itu kita perlu merangka strategi baru agar Suria FM terus berkembang,” ujarnya.

Menurut Aminudin lagi, keputusan untuk menamatkan kontrak Tyzo tiada kena mengena dengan DJ Lin, tetapi adalah keputusan pihak atasan. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related