Kena Kecam Pun Tak Kisah: Ifa Raziah, Baby Shima tuju lagu baru sindir netizen

Lagu tersebut adalah remake kepada lagu lama KRU iaitu (Kena Marah Pun) Tak Kisah pada 2006

2:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Memang tidak dapat dinafikan Ifa Raziah serta Baby Shima antara selebriti tempatan yang sering menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen. Apa sahaja yang mereka lakukan, mesti ada yang tidak kena di mata netizen.

Barangkali, dari situlah tercetusnya idea pemilik KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim untuk menggabungkan kedua-dua penyanyi sensasi tersebut bagi merakamkan lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah yang merupakan remake kepada lagu lama KRU iaitu (Kena Marah Pun) Tak Kisah.

Namun, lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang pernah dimuatkan dalam album 10 Di Sekala Richter pada 2006 itu, sudah diubah liriknya serta diberikan susunan muzik baharu.

Ketika dihubungi Scoop, Ifa Raziah berkata, memandangkan mereka sering menjadi mangsa kecaman netizen, Baby Shima pada awalnya menawarkannya untuk merakamkan sebuah lagu.

Ifa Raziah berkata, memandangkan mereka sering menjadi mangsa kecaman netizen, Baby Shima menawarkannya untuk merakamkan sebuah lagu. – Gambar Ifa Raziah, 18 Januari, 2024

“Kata Baby Shima, jom Kak Ifa kita buat satu lagu viral untuk netizen. Kemudian saya dihubungi Datuk Norman yang mengajak saya bergabung dengan Baby Shima. Mungkin sebab Baby Shima ada minta lagu daripadanya.

“Pada hujung bulan lalu, kami pun rakamkan lagu itu. Mulanya, kami ingat itu lagu baharu tapi rupa-rupanya remake daripada lagu lama KRU tetapi ia dijadikan remix.

“Oleh kerana saya dan Baby Shima adalah penyanyi dangdut dan tidak pernah bawa lagu ala KRU sebelum ini, jadi Norman yang bantu dan ajar kami untuk nyanyi mengikuti stail lagu itu.

“Proses rakamannya mengambil masa empat jam dan Norman kemudian berpuas hati dengan hasilnya. Penggambaran muzik video pula dilakukan pada 4 Januari dan lagu ini kemudiannya dilancarkan di YouTube pada 15 Januari lalu,” katanya.

Menurut Ifa lagi, kemunculan lagu itu setidak-tidaknya dapat menjadi pembuka tirai projek seninya pada 2024.

“Macam Baby Shima, dia sentiasa muncul dengan lagu. Macam saya, dah empat tahun tidak ada buat lagu. Jadi, saya rasa okaylah. Tak adalah orang ingat saya asyik fokus dengan acara Starvendors dan juga produk kecantikan saya.

“Kalau lagu ini kena kecam netizen, saya dan Baby Shima okay je. Sebab memang kami buat lagu ini untuk sindir netizen. Selama 28 tahun berada dalam industri ini, apa yang orang tidak kecam pasal diri saya?

“Harap-harap lagu ini akan dapat tempat di hati peminat. Setakat ini, komen yang diterima sangat positif. Tapi, kita tengok dululah macam mana respons daripada netizen pula,” katanya lagi.

Melewati muzik video lagu Kena Kecam pun Tak Kisah menerusi platform YouTube KRU Music, ia berjaya meraih lebih 300,000 tontonan, selain turut menampilkan Norman sendiri sebagai penyanyi rap. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related