Lagu Sheila Majid, Anuar Zain dan Man Bai jadi pilihan Putera Mateen di majlis persandingannya

Putera Mateen memilih lagu Dia (Sheila Majid), Sedetik Lebih (Anuar Zain) serta Kau Ilhamku dan Di Akhir Garisan (Man Bai)

6:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak sangka, dalam diam rupa-rupanya Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah juga meminati lagu-lagu yang dipersembahkan penyanyi tanah air kita khususnya Datuk Sheila Majid, Anuar Zain dan Man Bai.

Empat lagu pilihannya daripada penyanyi-penyanyi hebat ini iaitu Dia nyanyian Sheila Majid, Sedetik Lebih (Anuar Zain) serta Kau Ilhamku dan Di Akhir Garisan (Man Bai) telah disenaraikan ketika Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja Brunei, Putera Mateen dan Dayang Anisha di Istana Nurul Iman, Brunei, semalam.

Bayangkan empat lagu ini tersenarai dalam 28 lagu pilihan mereka yang rata-ratanya adalah lagu popular dan klasikal barat. Bukankah ia sesuatu yang cukup membanggakan.

Rata-rata netizen turut menyatakan rasa bangga dan teruja apabila melihat empat senarai lagu-lagu daripada Anuar Zain, Sheila Majid dan Man Bai itu.

Senarai 28 lagu yang menjadi pilihan Putera Mateen dan Dayang Anisha. Lagu irama tradisional Pandang Pandang Jeling Jeling nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Allahyarham Tan Sri S.M Salim turut dimainkan secara instrumental. – Gambar X, 16 Januari, 2024

Komen@SyamilSyams: “Bangga pulak Anuar Zain ada dalam tu”.

Yang ini pula komen daripada @shotwithel_: “Sedetik Lebih (sambil memberikan emoji mata dengan tanda hati)

Sementara komen daripada @_nnaalaa: “Sedetik Lebih tu memang kegemaran semua orang ya? “.

Memberikan komen mengenai Man Bai @ezzahnor berkata: “Kami pun suka dengan Kau Ilhamku”.

Memang bagus sekali pilihan lagu-lagu daripada Putera Mateen. Tapi yang paling tidak disangka, sampai dua lagu Man Bai menjadi pilihannya termasuk Di Akhir Garisan yang jarang sekali dimainkan di radio.

Agaknya selepas ni, semakin galaklah radio-radio tempatan memainkan lagu tersebut. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related