Suhaimi Sulaiman jumpa Tyzo Xander, netizen berteka-teki penyampai radio itu bakal kembali ke radio RTM

Ada netizen berpendapat Tyzo bakal jadi penyampai berita atau pengacara TV

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak Jumaat sehingga membawa ke hari ini, nama bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander menjadi topik hangat yang diperkatakan netizen.

Bermula dengan kenyataan rasmi daripada Suria FM yang menyatakan khidmat Tyzo Xander telah ditamatkan berkuat kuasa pada 12 Januari iaitu pada Jumaat, disusuli pula dengan kenyataan daripada Tyzo sendiri yang tidak reda dengan pemergiannya.

Bahkan, video Tyzo yang mengucapkan terima kasih kepada DJ Lin atas penganiyaan ini turut tular, sekali gus mengesahkan dakwaan DJ Anne daripada Selangor FM bahawa Tyzo dihentikan kerana ada perempuan berpengaruh di Suria FM yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Tyzo sebagai Penyampai Radio Popular di ABPBH35 tahun lalu.

Malam tadi, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pula memuat naik hantaran di Twitter yang mengandungi gambarnya bersama Tyzo. Menurut Fahmi, dia telah terserempak dengan Tyzo dan mereka sempat berbual.

Ia juga berjaya meraih perhatian netizen yang berharap Fahmi akan dapat memantau corak pengurusan Suria FM dan juga DJ Lin selaku pengurus besar di stesen radio tersebut.

Pagi ini, Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman pula memuat naik satu hantaran yang cukup menarik perhatian di akaun Instagram dan X.

Hantaran itu berupa gambar Suhaimi bersama Tyzo berserta penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed dan penyampai berita Kanta 744 RTM, Syairul Islam.

Suhaimi bagaimanapun tidak menjelaskan secara panjang lebar mengenai perjumpaan bersama ketiga-tiga penyampai tersebut.

Sebalik dia hanya menulis kapsyen: “Sarapan pagi bersama tiga orang lelaki – Tyzo, Muaz dan Syaril dari RTM Kanta 744. Satu pertemuan yang baik”.

Hantaran Suhaimi itu turut dikongsi Fahmi Fadzil semula di X. Apa yang menarik, rata-rata pengikut Tyzo menyarankan kepada Suhaimi agar menyerap masuk Tyzo semula di salah satu stesen radio RTM.

Ada juga yang berpendapat Tyzo mungkin akan diberi peluang untuk menjadi pengacara atau penyampai berita.  Apa pun, kita tunggu sajalah apa kisahnya di sebalik pertemuan Suhaimi dengan Tyzo ini. – 14 Januari, 2024

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related