KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati Tyzo Xander ditamatkan perkhidmatan sebagai penyampai radio Suria FM yang berkuatkuasa semalam, akaun Instagram milik DJ Lin telah diserang netizen secara beramai-ramai.
Rata-rata mereka ingin tahu mengapa khidmat Tyzo dihentikan secara tiba-tiba daripada DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Besar di stesen radio Suria FM.
Bahkan, mereka juga memberitahu DJ Lin bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk memboikot Suria FM jika stesen radio itu tidak berusaha membawa Tyzo kembali berkhidmat semula.
Komen netizen bernama @peroz_mohd: “Nak tanya kenapa tamatkan Tyzo? Tau ke tak dia tu penyeri Suria FM? Jangan sebab ada pangkat orang kau buang sesuka hati. Ingat semua layan Suria Cinta ke? Tolonglah, petang-petang dalam jem nak layan suara lemah gemalai kau ke? Sumpah tak faham. Sepatutnya orang bagus kita jaga, bukan kita buang! #boikotsuriafm”.
Satu lagi komen daripada @izzahnasri: “Insya Allah, lepas kita boikot Starbak & Mekdi, lepas nih giliran Suria FM & DJ Lin pula kita boikot.”
Ini pula komen daripada @hyda_06: “Awak yang patut keluar dari Suria Malaysia. Bukan Tyzo la”
Seorang lagi netizen @nedzainal pula memberikan komen: “Sekali kau sekat rezeki seseorang, 10 kali Allah sekat rezeki kau. Kita tengok nanti”
Komen daripada @loved_by_intan pula agak panjang lebar: “Kalau nak tahu segmen DJ Lin Suria Cintalah yang terpaling hambar sekali. Suara lembut yang dibuat-buat, cringe habis. Suria FM bertahan kerana dj-dj lain je.
“Mula-mula awal awak tamatkan Anna J, lepas tu Shuib pun keluar sekarang Tyzo pula. Serius? Tyzo aset Suria kot. Awak memang nak Suria ketandusan dj-dj hebat ke? Ya, memang boleh dapatkan pengganti. Tapi kenapa? Kenapa waktu Suria tengah meningkat naik? Kenapa waktu pendengar semua sukakan celoteh Tyzo? Ramai pendengar suria masih bertahan kerana dia ye”.
Semalam, Suria FM telah mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan bahawa perkhidmatan Tyzo Xander sebagai penyampai radio telah ditamatkan berkuatkuasa pada hari itu juga.
Dalam kenyataan tersebut, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid berkata, keputusan itu dibuat kerana ia merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baru untuk menghasilkan produk yang lebih menarik dan segar bagi tahun 2024 hingga seterusnya. – 13 Januari, 2024