Suara seakan-akan Mamat Exists, Asyraff Khan dipilih Afieq Shazwan rakam semula lagu Langkah Seiringan

Menurut Afieq, suara Asyraff yang seakan-akan Mamat Exists mampu kembalikan nostalgia lagu itu

12:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit sememangnya isu yang cukup hangat diperkatakan ketika ini, namun penyanyi Afieq Shazwan nampaknya memilih Langkah Seiringan sebagai tajuk utama perdebatan.

Namun, bukanlah perdebatan politik yang sengaja dicari Afieq, sebaliknya, dia memilih untuk berdebat mengenai langkah yang lebih positif dalam lagu apabila merakamkan semula Langkah Seiringan yang pernah dipopularkan penyanyi asal, Mamat bersama kumpulan Exists.

Tidak berseorangan dalam single cover kali ini, Afieq memilih berduet dengan juara Bintang Kecil peringkat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (WPKL) 2022, Asyraff Khan yang juga peserta program realiti The Chosen One Astro Ceria tapi tidak dipilih olehnya sebagai protege di peringkat prelude.

“Saya setuju dengan projek duet kali ini kerana ia merupakan duet yang menarik di mana saya berganding dengan penyanyi junior. Dan kebetulan Lagu Langkah Seiringan ini dirakamkan Mamat dan Exists ketika mereka masih belasan tahun.

“Jadi, saya rasa feel untuk membangkitkan nostalgia itu memang dapat dirasakan di bahagian lagu yang Asyraff Khan nyanyikan. Kebetulan suara Asyraff seakan-akan suara Mamat. Tidak sama tapi seakan-akan,” katanya.

Menurut Afieq Shazwan, peluang untuk merakamkan semula lagu berhantu nyanyian salah seorang penyanyi legenda lelaki tanah air seperti Mamat adalah satu penghormatan buat dirinya. – Gambar FMC, 13 Januari, 2024

Menurut  Afieq, dia juga menganggap peluang untuk merakamkan semula lagu berhantu nyanyian salah seorang penyanyi legenda lelaki tanah air seperti Mamat adalah satu penghormatan buat dirinya.

Sementara itu, Asyraff Khan yang baru berusia 12 tahun memberitahu, dia tidak dapat gambarkan perasannya ketika dimaklumkan terpilih untuk menjayakan projek rakaman lagu Langkah Seiringan.

“Siapa tak terharu dapat duet dengan idola sendiri dan nyanyi pula lagu popular yang bila sebut tajuk je semua orang tahu.

“Saya memang minat lagu Exists . Lagu Untukmu Ibu selalu saya nyanyikan setiap kali ada persembahan di sekolah atau di mana-mana. Terima Kasih FMC Music kerana percaya pada bakat saya dan bagi peluang keemasan ini,” katanya.

Lagu Langkah Seiringan versi duet Afieq dan Asyraff telah dilancarkan di YouTube FMC Music dan semua platform digital bermula 11 Januari lalu. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related