Fathia Latiff mengaku tak lagi mencintai Aiman Hakim Ridza tetapi belum ‘move on’ kerana dendam

Fathia juga tidak berasa perbuatannya memuat naik gambarnya bersama Aiman itu salah

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Fathia Latiff mengakui sehingga saat ini, dia masih belum ‘move on’ dengan Aiman Hakim Ridza selepas mereka berpisah dan membawa haluan hidup masing-masing.

Perkara itu didedahkan Fathia sewaktu ditemu bual pempengaruh media sosial dan penyanyi, Caprice dalam episod terbaharu podcastnya untuk musim kedua.

“Saya sudah ‘move on’. Kalau saya tak ‘move on’ lagi, saya takkan muat naik gambarnya (Aiman).

“Saya tidak dapat ‘move on’ kerana masih menyimpan dendam terhadapnya,” katanya sewaktu ditemu bual Caprice malam tadi sebelum berlepas ke Tokyo.

Walaupun belum mampu untuk ‘move on’, namun Fathia mengaku, dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap bekas teman lelakinya itu yang kini adalah suami kepada pelakon Zahirah MacWilson.

Aiman Hakimi Ridza kini bahagia bersama isteri, Zahirah MacWilson dan anak mereka. – Gambar Instagram Aiman Hakim Ridza, 12 Januari, 2024

“Saya tidak lagi mencintai dia. Tidak lagi. Tetapi saya menyimpan dendam kerana…,” pendedahan yang dibuat Fathia itu terhenti di situ.

Memuat naik sedutan video berkenaan di Instagram miliknya, Caprice memberitahu, mereka sepatutnya membuat podcast dengan tetamu lain.

“Tapi Fathia tak sempat singgah di studio kami dan sebaliknya mahu berkongsi menerusi panggilan video sebelum dia terbang ke Tokyo. Episod penuh boleh disaksikan pada malam ini, jam 9 malam di musim kedua podcast kami,” katanya.

Sebelum itu, Fathia telah ditanya mengapa dia bertindak memuat naik gambar bersama Aiman dan petikan artikel mengenai kenyataan Aiman yang mengaku masih menyayanginya  selepas mereka berpisah.

“Macam hancurkan rumah tangga orang?” Soal Fathia kepada Caprice.

Jawab Caprice: “Mengganggu sebab anda seperti melakukan provokasi terhadap rumah tangga orang lain?”

Fathia kemudian membalas: “Macam mana tu? Dia adalah seorang selebriti dan saya boleh muatnaik apa sahaja yang saya mahukan. Dia seorang ‘public ffigure’ dan ramai orang guna gambar ‘public figure’ di serata dunia”.


“Mengapa saya tak boleh menggunakannya. Lagipun, dia adalah sebahagian daripada hidup saya. Kami pernah bersama selama lima tahun.

“Saya tidak rasa salah jika saya memuatnaik sesuatu yang mempunyai ruang di hati saya pada masa ini,” jelasnya.

Sementara itu, ramai netizen berharap Caprice dapat membantu Fathia kerana cara jawapannya juga menunjukkan dia memang memerlukan bantuan.- 12 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related