Trending di X: Netizen lega Zahirah MacWilson hanya berdiam, harap keluarga bantu Fathia Latiff jauhkan diri dari medsos

Fathia telah menutup butang ruangan komen dalam setiap hantaran terbaharunya yang mengaitkan Zahirah dan Aiman di akaun Instagramnya

7:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pada saat Putera Mateen telah pun bergelar suami kepada tunangnya, Dayang Anisya Rosnah sebentar tadi dan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pula sedang menyambut hari lahirnya yang ke-45 sambil mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah, nama pelakon Zahirah MacWilson pula menjadi trending di platform X.

Semuanya gara-gara kerana kenyataan Fathia Latiff yang telah menghina serta menyamakan wajahnya dengan ‘bibik’.

Bahkan, pelakon yang mempunyai bakat menyanyi itu juga tidak segan silu menyatakan dia yakin suami Zahirah, Aiman Hakim Ridza masih lagi mencintainya, sambil memuat naik petikan artikel Aiman yang pernah mengeluarkan kenyataan dia masih mencintai Fathia usai perpisahan mereka.

Biarpun Fathia telah menutup butang ruangan komen dalam setiap hantaran terbaharunya yang mengaitkan Zahirah dan Aiman di akaun Instagramnya, namun netizen telah memilih untuk meluahkan pandangan mereka mengenai isu ini di platform X.

Rata-rata mereka lega kerana Zahirah tidak cepat melatah dan tidak memberikan apa-apa respons berhubung segala kenyataan Fathia itu.

Komen @AinulNuNanaa: “I tak berpihak pada sesiapa tapi lega juga Zahirah tak bagi respon dengan isu semasa. Dia macam tak risau. Dia pun ada hidup yang bagus dengan suami dan anak. Mungkin, dia memang tahu Fathia tak sihat dan ada sesuatu tak kena, dia pun tak layan semua tu. Bagusnya! Teruskan”

Satu lagi komen daripada @zettynabila_: “Hakikat bahawa Zahirah dan Aiman tidak bertindak balas sangat berkelas. Saya harap mereka tidak akan bertindak balas sama sekali.”

@zettynabila_ merasakan tindakan Zahirah MacWilson dan suaminya berkelas – Tangkapan layar X, 11 Januari, 2024

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa keluarga Fathia sepatutnya bertindak sesuatu untuk membantunya daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan sebegitu.

Komen @rainbowuniqat: Famili dia patut sedar yang Fathia Latiff tengah episod ‘manic’ dan bantu dia jauhkan diri daripada media sosial. Saya sangat kasihan dengan dia. Famili dia tahu dia sakit kenapalah tak bantu dia melalui fasa ini dan kurangkan kerosakan. Saya kesiankan Zahirah juga. Kawan tuh dahlah tengah hamil”.

@rainbowuniqat pula merasakan Fathia sedang melalui sebuah episod ‘manic’ dan keluarganya patut membantunya – Tangkapan layar X, 11 Januari, 2024

Perkara yang sama turut diutarakan @IniAlalalannn: “Aku masih berpegang pada pendirian aku, famili dia tahu dia tak sihat, boleh kot luangkan masa untuk dia atau buat je la apa-apa untuk kurangkan masa dia di media sosial. Jangan jadikan itu sebagai tiket untuk dia merentan. Kasihan Zahirah, sedikit-sebanyak dia mungkin terjejas, dia mengandung.”

@iniAlalalannn juga merasakan keluar Fathia sepatutnya menghabiskan lebih banyak masa dengannya – Tangkapan layar X, 11 Januari, 2024

Tidak kurang juga yang memberikan pelbagai kecaman terhadap Fathia serta mengambil kesempatan untuk memanaskan lagi keadaan apabila bertanya antara tim Zahirah vs Fathia siapa yang mereka pilih?

Sementara itu, segelintir peminat Fathia juga menyalahkan seseorang individu yang dikatakan punca Fathia tiba-tiba naik angin serta mengeluarkan kenyataan yang mengutuk Zahirah apabila memetik nama Zahirah ketika Fathia sedang membuat video live di platform media sosialnya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related