Buat umrah sambil sambut hari lahir ke-45 di Madinah, Siti Nurhaliza doa dikurniakan kesihatan baik, diberikan keimanan tinggi

Siti Nurhaliza turut membawa ibunya, Mak Salmah ke Makkah sebagai hadiah hari jadinya yang disambut pada 31 Disember lalu

3:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada apa yang diharapkan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempena sambutan hari kelahirannya ke-45 yang jatuh pada hari ini, melainkan dapat menyambutnya di Madinah al-Munawwarah mengerjakan umrah bersama dengan keluarganya.

Bahkan, dia yang telah pun berlepas ke Madinah pada awal pagi semalam juga turut membawa bersama ibunda tercintanya, Siti Salmah Bachik dan ibu mentuanya untuk melakukan ibadah umrah itu bersama-sama.

“Ini adalah impian saya. Tahun ini, saya memang nak sambut hari lahir saya di Tanah Haram Madinah dan Makkah. Saya minta izin dahulu dengan suami dan suami pula kata okey.

“Saya bawa sekali anak-anak. Bawa emak saya, Mak Salmah yang baru sahaja sambut hari jadinya pada 31 Disember lalu.

Siti Nurhaliza bersama ibu dan ibu mertuanya di Madinah – Tangkapan layar Instagram, 11 Januari, 2024

“Saya tak sempat raikan, jadi saya nak bawa dia ke sana dengan mak mertua dan ini adalah hadiah hari jadi untuk emak saya yang lahirkan saya.

“Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan dan saya juga dapat visa untuk ke sana dan berangkat pada awal pagi semalam,” katanya kepada Scoop.

Menurut Siti lagi, dia juga turut memohon agar Allah SWT mengurniakannya kesihatan yang baik dan memberikan keimanan yang tinggi buat dirinya.

“Bagi saya kesihatan sangat bermakna dan moga Allah juga permudahkan saya dengan memberikan keimanan yang tinggi sebab kita manusia ini, iman selalu turun naik. Biarlah Allah bagi saya istiqamah untuk saya perbaiki keimanan dan diri saya.

“Semoga apa yang saya buat, Allah permudahkan. Tidak kisahlah kerja amal ke, bisnes yang saya usahakan ke, semua saya nak yang baik.

“Bila dah jadi ibu juga, kita akan selalu fikirkan tentang anak-anak dan saya minta Allah takdirkan yang baik-baik untuk saya. Semoga mereka jadi insan yang bermanfaat pada orang lain. Saya minta doa yang sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga berharap agar masyarakat tidak sewenangnya menyelar mereka yang sering ke Makkah untuk mengerjakan umrah dan haji.

“Orang boleh nilai dan kritik apa sahaja tapi yang pergi ke sana ada niat tersendiri. Macam saya, niat saya sebab nak sambut hari lahir dan bawa emak saya.

“Kalau seseorang individu itu selalu dapat pergi buat umrah atau haji, itu rezeki. Sebab apa-apa pun ia bergantung kepada panggilan daripada Allah.

“Kalau takde panggilan Allah jadi tetamu, kita tetap tak sampai. Sebab ada orang tuh dah bersedia segala benda tapi pada saat-saat akhir tak dapat sebab tak lulus visa atau kena tipu dan sebagainya.

“Ini semua panggilan Allah. Saya percaya perkara tu. Saya harap yang bagi komen tu kita kena fikir balik, kenapa mereka dapat ke sana. Sebab mungkin mereka dapat panggilan Allah.

“Setiap orang yang ada masalah, mahu berdoa depan Kaabah. Hanya orang tu sahaja yang tahu, Kita doakan yang baik-baik. Dan, minta mereka doakan kita. Itu lebih baik daripada kita bersangka buruk,” katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related