Ramai netizen senasib, sokong Fauzi Nawawi suarakan isu bil telco yang melambung dan data habis cepat

Fauzi memberitahu selepas menyelesaikan bil telefonnya pada Jumaat lalu, telefonnya disekat pada keesokan harinya dan diminta membayar lagi bil lebih RM1,000

7:43 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kesabaran pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi tidak dapat dibendung lagi sehingga beliau terpaksa menggunakan media sosial untuk menyuarakan kemarahan berhubung isu jumlah bil yang melambung serta penggunaan data yang cepat habis dalam tempoh yang singkat.

Fauzi yang merupakan pengguna setia Celcom sejak 10 tahun lalu mendakwa sejak syarikat telekomunikasi itu bergabung dengan Digi, beliau berdepan dengan pelbagai masalah malah nombornya menjadi sasaran scammer.

“Internet saya tiada had. Tapi, sejak dua bulan lepas, saya mula sedar bila nombor telefon saya tiba-tiba kena sekat, biarpun saya gunakan (data) sekejap. Dan pada Jumaat lepas, saya telah membayar bil lebih RM1,000. Tapi selepas itu, masuk mesej di telefon saya bahawa saya beli data sebanyak 25GB dan 12 GB.

“Dalam tempoh seminit, 4 hingga 5 mesej diterima. Tak logik! Kenapa saya perlu nak beli? Lagipun, memang saya tak beli benda tu pun.

“Selepas saya selesai bayar bil tersebut pada Jumaat lepas, tiba-tiba pada hari Sabtu nombor telefon saya sekali lagi disekat dan saya perlu membayar lagi bil lebih RM1,000,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Menurut Fauzi, sebelum ini, dia memang tidak menyedari masalah berkenaan kerana sibuk dengan penggambaran dan hanya membayar apa yang diminta setelah mendapat notis peringatan terakhir.

Fauzi kemudian telah memaklumkan mengenai masalah yang dialaminya itu di kaunter khidmat pelanggan CelcomDigi di Sri Gombak namun dakwanya, mereka hanya setakat menerima laporan dan meminta beliau melangsaikan bil telefon.

“Negara kita makin maju, sistem makin canggih, tapi syarikat telco nampaknya semakin malas nak layan pelanggan. Semua bagi robot je layan.

“Jadi kalau ada isu kecemasan macam saya ni, logik ke saya nak kena bayar bil telefon lagi. Sementara tunggu tiga hingga 12 hari? Takkan saya nak kena beli nombor prepaid atau telefon lain?” soalnya.

Fauzi sangat kecewa kerana terpaksa membuat bayaran sekali lagi dan meminta syarikat telekomunikasi supaya membantu pelanggan.

Susulan pendedahan itu, netizen telah meluahkan terima kasih kepada Fauzi kerana menyuarakan masalah sama yang mereka alami selama ini. – 9 Januari, 2024

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related