Siti Nurhaliza akan ambil tindakan terhadap scammer AI yang guna wajah dan suaranya untuk kaut keuntungan

Siti antara artis tempatan yang jadi mangsa peniaga dalam talian apabila mereka menggunakan wajah dan suaranya menggunakan teknologi AI

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza akan mengambil tindakan ke atas peniaga dalam talian yang telah menggunakan teknologi kecederdasan buatan (Al) untuk meniru wajah dan suaranya bagi mengaut keuntungan secara haram.

Siti berkata, tindakan berkenaan adalah bagi memberikan pengajaran kepada pihak berkenaan yang menggunakan Al untuk mengumpan dan menjerat mangsa selain desakan daripada pelbagai pihak supaya dia berbuat demikian.

“Datuk Alif Syukri sendiri memaklumkan kepada saya ada peniaga online guna video saya dan buat suara AI sampai jualan mereka itu laris.

“Mereka guna wajah dan suara AI saya untuk buat orang percaya. Hari tu jual cadar, kemudian seluar dalam dan sekarang jual selipar pula.

“Sebenarnya perkara itu tidak bagus. Kalau benda yang mereka jual itu beri kesan buruk kepada pengguna, saya yang kena,” katanya kepada Scoop.

Menurut Siti, sebagai selebriti, dia mempunyai tanggungjawab untuk mendidik orang ramai mengenai jenayah siber supaya mereka tidak mudah terpengaruh.

Sebagai selebriti, Siti Nurhaliza bertanggungjawab mendidik orang ramai mengenai jenayah siber supaya mereka tidak mudah terpengaruh. – Gambar Scoop, 9 Januari, 2024

“Saya bukan apa, kalau segelintir orang khususnya yang menetap di Kuala Lumpur mungkin boleh mengetahui bahawa ia diambil daripada Instagram (IG) saya dan diubah semula.

“Tapi, bagi segelintir warga emas, mereka mungkin tidak tahu dan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini gunakan platform paling popular Facebook untuk menjual barangan mereka,” katanya.

Jelas Siti, dia turut mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada peminatnya tentang kegiatan scammer yang menyalahgunakan wajah dan namanya.

“Saya akan paparkan dalam Instagram saya dan maklumkan kepada mereka tentang perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama saya dan bagitau mereka ia adalah scammer.

“Tapi masalahnya, yang tidak melihat IG saya akan percaya terus. Saya akan tengok sejauh mana kegiatan mereka menjual barangan menggunakan nama dan suara saya itu dan akan cuba ambil tindakan.

I’m watching you!,” kata Siti sebagai peringatan buat scammer-scammer ini. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related