Tidak merokok rahsia Jay Jay jaga suara

Antara penyanyi lain yang diketahuinya tidak merokok adalah Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir

2:54 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tidak merokok merupakan antara rahsia penyanyi legenda, Jay Jay menjaga suaranya yang masih kedengaran sama dan hebat seperti dulu.

Menurut Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, 67, biarpun dikelilingi oleh pemuzik yang sering merokok sejak dari awal pembabitannya, namun dia tidak pernah merokok.

“Saya tak merokok. Mungkin itu adalah kelebihan untuk saya kekalkan suara saya sehingga ke hari ini. Antara penyanyi lain yang saya tahu tidak merokok ialah Datuk Ramli Sarip dan Datuk M Nasir.

“Saya tak ada masalah untuk bergaul dengan pemuzik-pemuzik lain yang merokok. Malah ada ahli keluarga saya sendiri yang merokok. Cuma saya sahaja yang tak merokok. Salah satu sebab adalah kerjaya saya sebagai seorang penyanyi,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Voice Of The Heart di sini hari ini.

Tambah vokalis kumpulan Carefree ini, penting untuk seorang penyanyi menjaga suara kerana suara adalah aset paling utama untuk mencari rezeki.

Selain Jay Jay (dua kanan), konsert ini akan disertai oleh Rahmat Mega (paling kanan), Ernie Zakri (dua kiri) dan Nadeera Zaini. – Gambar PR, 7 Januari, 2024

“Lagu-lagu di Malaysia kebanyakannya bernada tinggi. Jadi untuk bertahan lama, penyanyi kena jaga suara.

“Kita bukan seperti penyanyi dari Indonesia. Kebanyakan lagu-lagu mereka tidak bernada tinggi. Jadi lebih mudah untuk mereka menyanyi.

“Sebab itu bila mereka dengar Amy Search menyanyi dulu mereka terkejut. Pada saya, penyanyi mereka sambil hisap rokok pun boleh menyanyi kerana ‘range’ mereka tidak tinggi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jay Jay bakal membuat persembahan di konsert amal Voice Of The Heart pada 7 Mac ini demi mengumpul derma untuk disalurkan kepada Palestin dan membantu artis-artis veteran.

Selain Jay Jay, konsert ini akan disertai oleh Rahmat Mega, Ernie Zakri dan Nadeera Zaini. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related