Aeril Zafrel kongsi wajah pekerja pecah amanah, tetapi netizen kata jangan buka aib

Aeril berkongsi video rakaman kamera litar tertutup CCTV yang menunjukkan salah seorang pekerja telah mencuri stok produk niaganya

7:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel sedang menjejaki pekerjanya yang didakwa telah pecah amanah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Aeril di Instagram, dia telah berkongsi gambar seorang lelaki berserta video bukti yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

“Ada kenal ke mamat ini? Kes pekerja pecah amanah dan bawa lari stok. Dari semalam cuba hubungi tetapi tidak dibalas,” tulisnya di bahagian  kapsyen.

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang dilihat memberikan pelbagai pendapat tentang perkara ini.

Ada yang berpendapat Aeril tidak sepatutnya mendedahkan aib lelaki tersebut kerana hanya dua kotak yang diambil serta tidak merugikan perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

“Dua kotak yang dia ambil tak menjadikan dia kaya, abang ada banyak lagi kotak untuk dijual. Ikhlaskan abang, mana tahu dia terdesak. Ya memang pencuri tak boleh bagi muka sangat, tapi ikhlaskan sahaja, pasti Allah beri lebih,” tulis salah seorang pengguna Instagram.

“Dua kotak atau dua barang, mencuri tetap mencuri. Matlamat tak menghalalkan cara. Jenuh pengasas kalau macam tu. Kalau seorang bawa lari sekotak, kalau dua tiga orang pekerja buat perangai yang sama, boleh bungkus pengasas,” komen seorang lagi netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang tidak menyangka individu yang mereka kenali selama ini sanggup mencuri.

Tak sangka Encik * yang merupakan guru dds (iklan) TikTok saya. Banyak ilmu yang dia kongsi dengan kami. Takkan tak boleh usaha tanpa mencuri. Semoga * serah diri,” komen netizen yang lain.

Aeril dan isterinya Wawa Zainal merupakan pengasas produk kecantikan Wawa Cosmetics. Sejak menjalankan perniagaan tersebut, mereka telah menjadi antara usahawan selebriti yang berjaya dan mengaut keuntungan berjuta ringgit. – 6 Januari, 2024

Topics

 

Popular

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

No instant KPI: BAM gives Herry IP time to shape Malaysia’s doubles future

BAM allows new men’s doubles head coach Herry Iman Pierngadi time to familiarise himself with the players, culture before expectations are defined

Related