Fahmi Fadzil santuni keluarga Fiza, titip pesanan agar suami arwah jaga kesihatan mental

Fahmi hadir ke kediaman ibu arwah bagi menyantuni keluarganya dan menyampaikan sumbangan

4:33 PM MYT

 

AMPANG – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyantuni keluarga wartawan hiburan yang meninggal dunia di London minggu lalu, Siti Nor Hafiza Kamarudin, 41, di kediaman ibu arwah sebentar tadi.

Pada pertemuan itu, Fahmi menitipkan pesanan buat suami arwah, Mohd Roshdi Ramli agar menjaga kesihatan mental dan anak-anak.

“Apa yang penting sekarang perlu jaga kesihatan diri, kesihatan mental dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada wartawan, Fahmi meluahkan rasa sedih dan sayu atas pemergian Siti Nor Hafiz atau lebih mesra dipanggil Fiza.

“Saya hadir di sini hari ini sebagai tanda sokongan buat keluarga arwah. Saya rasa sangat sayu apabila salah seorang ahli keluarga media kita, ‘pergi’ dalam keadaan sedang berada di luar negara.

“Alhamdulillah banyak bantuan yang sudah diberikan Pesuruhjaya Tertinggi Malaysia, Felda, FGV, Malaysian Hall, termasuklah Malaysia Airlines.

Pada pertemuan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM50,000 mewakili Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) yang dikumpul hasil derma orang ramai.

“Insya-Allah bantuan dari Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) juga akan diberikan di mana waris arwah akan mendapat pencen penakad dan faedah pengurusan mayat,” kongsinya.

Terdahulu, jenazah Fiza tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.50 pagi hari ini.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Gombak pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Allahyarham meninggal dunia di London pada 28 Disember lalu, selepas rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow sewaktu menanti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. – 6 Januari 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related