Penerbit drama, Jaja Ishak akui pilih bulu, utamakan pelakon berasal dari Pahang

Jaja bagaimanapun tidak kisah dilabelkan sebegitu kerana dia berhak memilih pelakon pilihannya

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penerbit drama, Jaja Ishak mengakui dia lebih gemar memilih pelakon yang berasal dari Pahang untuk membintangi drama terbitan syarikat produksinya iaitu Jaja Ishak Channel.

Menurut Jaja, selain pelakon, dia juga gemar melakukan penggambaran di lokasi menarik sekitar negeri kelahirannya itu.

Disebabkan itu, ramai beranggapan Jaja seorang penerbit yang ‘pilih bulu’, namun dia tidak kisah dilabel sebegitu.

“Secara jujurnya memang saya memilih bulu. Itu adalah rumah produksi saya, ikut suka hati saya nak pilih siapa. Asalkan pihak stesen televisyen setuju dengan pilihan saya. Saya rasa tiada masalah.

“Saya juga suka lakukan penggambaran di Pahang. Sudah hampir 50 karya yang saya terbitkan dan kebanyakannya memang menjalani penggambaran di negeri itu.

“Jadi bila pilih pelakon yang berasal dari Pahang, kerja jadi lebih mudah. Dulu saya sering ambil Datuk Fizz Fairuz dan Noor Khiriah untuk berlakon drama terbitan syarikat saya,” katanya kepada Scoop.

Namun kata Jaja, dia bukanlah menutup peluang untuk pelakon yang berasal dari negeri lain, cuma jika diberi pilihan dia lebih suka mengambil pelakon yang berasal dari Pahang.

“Untuk drama terbaharu terbitan syarikat saya nanti yang berjudul Panggil Aku Dahlia, pihak stesen RTM inginkan Hariz Hamdan dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

“Namun kedua-dua mereka bukanlah orang Pahang. Skrip pun belum siap sepenuhnya. Saya tak boleh nak pastikan lagi siapa pelakon yang akan membintangi drama ini.

“Tetapi untuk watak pelakon pembantu kita akan cuba berikan kepada mereka yang berasal dari Pahang. Drama ini akan menjalani penggambaran di Cameron Highland dan Kuantan.

“Bukannya apa, kadang-kadang ada pelakon susah untuk ulang-alik ke Pahang dari Kuala Lumpur. Jadi lebih mudah kita gunakan pelakon yang berasal dari negeri ini,” katanya.

Tambah Jaja lagi, dia turut bersyukur apabila usahanya menaikkan nama Pahang dalam setiap karya terbitannya turut mendapat kerjasama dari kerajaan negeri itu. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related