Datin Alyah rancang anjur showcase pertengahan tahun ini

Penyanyi yang memiliki rangkaian lagu popular seperti Kisah Hati dan Sesal Separuh Nyawa ini akhirnya bakal mengadakan 'showcase' sendiri

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Datin Alyah merancang untuk mengadakan ‘showcase’ pada pertengahan tahun 2024.

Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, hasratnya untuk mengadakan ‘showcase’ mula terlintas di fikiran selepas melihat ramai penyanyi mula berbuat demikian termasuk menganjurkan konsert berskala besar.

“Pada tahun ini iaitu 2024 saya merancang untuk mengadakan ‘showcase’ memandangkan saya lihat ramai artis sudah mula mengadakannya, termasuk konsert.

“Ramai peminat yang teringin untuk menonton persembahan saya dan saya fikir sudah sampai masanya untuk saya tampil dengan ‘showcase’ sendiri bagi menghargai mereka.

Datin Alyah ketika majlis pelancaran tudung Shescarves berkata, dia merancang untuk mengadakan ‘showcase’ memandangkan ramai artis sudah mula mengadakannya, termasuk konsert – Gambar PR, 3 Januari, 2024

“Mungkin perancangannya pada pertengahan tahun, akan lihat semula bagaimana. Insya-Allah, semoga dipermudahkan,” katanya selepas membuat persembahan di majlis pelancaran tudung Shescarves di bawah jenama terkenal, She Dazzle.

Dalam majlis sama, penyanyi yang juga isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini turut memperagakan salah satu tudung dari pilihan Hope Shesquare bercorak Speckled Wood.

She Dazzle telah melancarkan koleksi tudung terbaharu dengan membawa tema kebebasan, harapan dan kasih sayang.

Koleksi Shescarves yang membawa motif monogram rama-rama adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.

Tudung ini merupakan keluaran edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 helai sahaja dan dijual dengan harga RM49 sehelai. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related