KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi terkenal, Khai Bahar iaitu Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia malam tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai iaitu Rizal menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Salam semua, mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40 malam.
“Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti pengebumian di Tanah Perkuburan Tok Paduka.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Sementara itu, menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Khai, dia sedang berada di Pulau Langkawi dan pulang ke kampung halamannya menaiki bot malam tadi.
“Alhamdulillah dapat balik naik bot malam ini”, kongsinya di Insta Story.

Arwah sebelum ini dilaporkan menghidap pelbagai jenis penyakit seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan hati. Malah arwah juga punya masalah daya ingatan.
Berikutan keadaan arwah yang ketika itu sering sakit, Khai mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan kerana mahu memberi tumpuan pada ibunya dan enggan menyusahkan produksi seandainya ada apa-apa berlaku. – 3 Januari, 2023