Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Magskin memberitahu empat individu itu mengeluarkan hantaran dan komen-komen jelek itu di Facebook

2:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Menurut Magskin, individu berkenaan juga telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) untuk disoal siasat, manakala tiga lagi bakal menyusul.

“Pelaku yang pertama telah pun memadamkan hantaran beliau mungkin semasa ditahan sewaktu dibawa ke balai tetapi sudah terlambat kerana semua tangkap layar untuk untuk hantaran yang dikongsikan dan komen-komennya pun telah diambil.

“Aku sebenarnya hanya ingin menyaman sahaja empat individu ini tetapi prosedur untuk menyaman hanya boleh dilakukan sekiranya ada laporan polis dan jika terdapat kesalahan undang-undang dan jenayah semasa laporan dibuat maka mereka juga akan didakwa di mahkamah,” katanya.

Magskin  turut menitipkan pesanan buat ketiga-tiga individu yang masih lagi bebas itu supaya tidak meminta ahli keluarga mereka menghubunginya bagi menarik balik laporan apabila mereka sudah ditangkap nanti seperti yang dilakukan ahli keluarga pelaku pertama sekarang ini.

“Kerana kalian mempunyai akal dan fikiran sebelum mengeluarkan hantaran-hantaran tersebut. Semoga keadilan terlaksana dan menjadi pengajaran untuk kita semua,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi A.C.A.B.

Magskin sebelum ini membuat laporan polis terhadap keempat-empat individu tersebut di IPD Dang Wangi pada 22 Disember lalu. Malah, dia turut memuat naik gambarnya bersama Asisten Superintenden Riduwan Rahim yang juga Ketua Cawangan MPV, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Dang Wangi.

Dalam hantaran tersebut, Magskin menyatakan dia telah pun selesai membuat laporan dan memberikan keterangan terhadap empat individu yang mengeluarkan hantaran dan komen-komen jelek di Facebook yang berbaur hasutan dan ugutan dengan niat untuk menjatuhkan.

Magskin juga menyatakan dia sudah pun cuba menghubungi dua orang daripada empat individu tersebut terlebih dahulu dan salah seorang daripada mereka memberitahu akan menghubungi semula tetapi ia tidak berlaku dan tidak menjawab telefon lagi selepas itu.

Seorang lagi tidak menjawab telefon sesudah berkali-kali cuba menghubunginya.

Magskin juga memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas keempat-empat individu tersebut.

“Kepada pengkikut dan peminat A.C.AB, aku ingin meminta maaf dahulu terhadap insiden ini tetapi sekiranya aku tidak mengambil tindakan terutama selepas gagal menghubungi mereka maka kejadian seperti ini akan terus berleluasa.

“Dan, jika tidak terkena aku, mungkin terkena kalian pula. Negara ini mempunyai undang-undang dan walaupun muzik yang A.C.A.B. mainkan adalah Street Punk tetapi muzik Street Punk ataupun Oi! ini adalah berkenaan kelas pekerja.

“Walaupun pemberontakan dan protes, kelas pekerja juga tertakluk kepada undang-undang. Semoga keadilan terlaksana,” katanya.

A.C.A.B yang mula ditubuhkan pada 1994 kini dianggotai Megat Hafiz selaku vokalis, pemain gitar; Edy J Hderwan aka Eddie (vokalis kedua, pemain gitar); Anas (pemain bass) dan Zul (pemain dram). Antara lagu hit mereka adalah Skindhead For Life, Fight For Your Right, We Are The Skins, Skinhead Selamanya dan banyak lagi. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related