‘Alhamdulillah, Allah uji sikit saja’, Alif Satar bersyukur tidak alami kecederaan serius akibat kemalangan

Bagaimanapun, Alif mengakui badannya kini terasa sakit-sakit

2:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Artis versatil, Alif Satar memanjatkan kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas kemalangan motosikal yang tidak diduga, petang semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri penyanyi, pelakon dan pengacara popular itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, hari ini.

“Dah buat pemeriksaan dengan doktor di KPJ Tawakal semalam, tapi tiada apa-apa, tak ada yang patah. Cuma masa jatuh, kepala rasa sakit dan pening.

“Takut juga ada yang serius tapi doktor beritahu tiada simptom gegaran. Syukur cuma badan sakit-sakit (semoga buat penghapus dosa).

“Alhamdulillah, Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan, semoga Allah SWT makbulkan dan permudahkan urusan kalian,” katanya.

Dia yang kini masih dalam tempoh berehat turut memaklumkan tarikh terbaharu jemaah subuh kepada pengikut serta peminatnya.

“Insya-Allah, dengan cukup rehat, masih boleh jemaah subuh bersama pada 1 Januari 2024 di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara.

“Terima kasih sekali lagi buat semua yang call dan mesej bertanya khabar. Saya cuba untuk membalas semua,” katanya.

Petang semalam, Alif terlibat dalam kemalangan di Hartamas selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai dilanggar kenderaan lain.
 
Ketika kejadian, Alif dalam perjalanan menuju ke rumah ibu bapanya di Hartamas. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related