Fahmi akan bantu urusan keluarga wartawan hiburan, Allahyarham Fiza Kamaruddin di London

9:10 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Suami wartawan hiburan yang meninggal dunia di London, Allahyarham Fiza Kamaruddin kini sedang menunggu panggilan daripada hospital sebelum dibenarkan mendaftar kematiannya.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang telah berhubung dengan suami arwah, Roshdi Ramli.

Fahmi juga memaklumkan beliau akan membantu urusan Roshdi dan dua anak pasangan berkenaan.

“Sementara menunggu, insya-Allah saya cuba membantu urusan Roshdi dan dua anaknya. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK juga sedang membantu urusan yang berkenaan. Kita sama-sama doakan supaya segala urusan ini dipermudahkan,’’ katanya dalam kenyataan di X hari ini.

Fiza Kamarudin atau nama sebenarnya Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, telah menghembuskan nafas di London, semalam.

Allahyarham sebelum ini kritikal dan mendapat rawatan di hospital di London selepas tidak sedarkan diri sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow ketika menunggu pesawat untuk pulang ke tanah air.

Fiza bersama suami dan anak-anak berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri. – 29 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related