Pesta Muzik Kuantan: Gabungan seni muzik dan budaya sambut kepulangan Agong ke Pahang

Pesta Muzik ini akan dijayakan kumpulan muzik Indonesia, Ungu serta barisan artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo

2:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi menyambut keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pahang selepas menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong , acara Pesta Muzik Kuantan telah dirancang diadakan pada 24 Februari ini.

Baginda akan menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dan kembali ke Pahang pada 30 Januari 2024 manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024.

Pesta Muzik anjuran Showpro Entertainment Sdn Bhd yang menggabungkan seni muzik dan budaya warga Pahang dan Pantai Timur itu dijadual berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang, bermula jam 5 petang.

Mereka yang bakal membuat persembahan ialah kumpulan muzik Indonesia, Ungu bersama barisan artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

Kemunculan Ungu yang cukup terkenal dengan lagu hit seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi kumpulan muzik Indonesia pertama yang beraksi dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

Pengarah Showpro Entertainment Sdn Bhd, Haniah Hassan berkata, pihaknya sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan ini dan ia tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Ara Johari di Pesta Muzik Kuantan, 24 Februari depan. – Gambar Ara Johari, 29 Disember, 2023

“Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus, maka ia adalah peluang terbaik untuk penduduk Pahang dan pantai timur untuk menyaksikan kumpulan itu.

“Bukan sahaja Ungu, kami turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.

“Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuk makanan dan produk tempatan kepada pengunjung dari jam 11 pagi di kawasan luar stadium,”jelasnya.

Sementara itu, Pasha, yang merupakan vokalis kumpulan Ungu menyifatkan jemputan untuk menyertai pesta muzik tersebut sebagai sesuatu yang tidak harus dilepaskan.

Naim Daniel juga bakal membuat persembahan pada pesta itu nanti. – Gambar Naim Daniel, 29 Disember, 2023

“Ia akan menjadi pengalaman pertama kami membuat persembahan di hadapan penduduk Pahang dan pantai timur. Lebih Istimewa Pesta Muzik Kuantan ini diadakan sempena dengan sambutan kepulangan Seri Paduka ke Pahang.

“Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apatah lagi dapat berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu dengan peminat,’’ katanya.

Tiket-tiket dijual pada harga antara RM58 hingga RM628. – 29 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Aaron, Wooi Yik mean business: extra night training ahead of Paris Olympics

Women’s doubles pair Pearly Tan and M. Thinaah, mixed doubles duo Chen Tang Jie and Toh Ee Wei, will also participate

Related