Pelakon filem Parasite, Lee Sun-kyun ditemui meninggal dunia dalam kereta

Kematian mengejut pelakon berusia 48 tahun itu berlaku di tengah-tengah siasatan penggunaan dadah

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon utama filem Parasite, Lee Sun-kyun, 48, ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya di sebuah taman di Seoul, Korea Selatan.

Menurut laporan media antarabangsa, mayat Lee dijumpai pihak polis selepas dia dikatakan meninggalkan rumah dengan menulis nota seolah-olah mahu membunuh diri.

Polis juga menemui briket arang menyala di dalam keretanya dan mengesyaki kematiannya mungkin disebabkan bunuh diri.

Sebelum ini, Lee dikatakan disiasat sebanyak tiga kali oleh pihak polis berikutan disyaki menggunakan ganja dan dadah lain di rumah seorang pelayan wanita yang bekerja di sebuah bar.

Lee mendakwa dia ditipu wanita untuk mengambil dadah dan tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

Wanita berkenaan juga dikatakan telah mengugutnya.

Nama Lee menjadi sensasi global selepas dia membintangi filem Parasite yang memenangi anugerah filem terbaik di Academy Awards 2020. – 27 Disember 2023

Topics

 

Popular

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Top Ismail Sabri aides arrested over money laundering, graft probe: Azam Baki

Sources said that multiple cases are under investigation, including the alleged misuse of RM700 million

Related