Penerbit dan pelakon The Lord Musang King, Eddie Chow artis di Korea Selatan

Eddie Chow mula berhijrah ke Korea Selatan ketika berumur 17 tahun dan menyambung pelajaran serta bergelar pelakon di sana, sebelum pulang ke Malaysia dan menjadi penerbit filem

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penerbit dan pelakon filem The Lord Musang King, Eddie Chow merupakan seorang artis di Korea Selatan.

Menurut Eddie, dia dilahirkan di Malaysia namun berpindah ke Korea ketika berusia 17 tahun kerana sangat meminati penyanyi dan pelakon, Rain.

“Saya sangat meminati Rain. Malah saya pernah ke uji bakat pencarian bakat baharu untuk syarikat JYP Entertainment tetapi tidak terpilih.

“Jadi saya buat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perfileman di salah sebuah universiti di Korea.

“Selepas itu saya bergelar pelakon di sana sejak tahun 2012. Antara drama yang saya terlibat sebagai pelakon adalah Ghost yang disiarkan di saluran SBS. Saya juga aktif berlakon untuk produksi China dan Malaysia.

“Kemudian pada tahun 2020 saya pulang menetap di Malaysia disebabkan pandemik yang melanda dunia,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem The Lord Musang King.

Disebabkan itu Eddie membuat keputusan untuk bergelar penerbit dan menerbitkan filem sulungnya, The Lord Musang King yang diarahkan oleh pengarah dari Korea, Lee Moon Ho yang merupakan sahabatnya.

“Saya beritahu Lee Moon Ho tentang idea menerbitkan filem dan dia bersetuju untuk mengarahkan filem ini. Ini merupakan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea menghasilkan sebuah filem,” ujarnya.

Kongsi jejaka berusia 32 tahun ini lagi, skor muzik filem The Lord Musang King turut dilakukan di Korea.

“Selepas ini kita akan terbitkan lebih banyak filem Malaysia yang menggunakan kepakaran dari Korea,” kongsinya.

Ditanya adakah dia tidak berasa rugi meninggalkan kerjaya lakonannya di Korea memandangkan industri di sana lebih besar berbanding Malaysia, kata Eddie dia pernah rasa begitu.

“Sejujurnya saya turut rasa sedih. Tetapi pada satu hari saya bertemu dengan seorang rakan dan dia tanya kenapa saya tidak cuba hasilkan filem sendiri dan cuba menjadi pelakon yang bagus di tanah air sendiri.

“Bila difikirkan, ada betulnya apa yang dikatakan oleh rakan saya. Jadi saya mulakan selangkah demi selangkah untuk membina kerjaya di sini.

“Saya pun masih muda dan berharap masih ada peluang untuk saya hasilkan lebih banyak filem yang bagus untuk penonton Malaysia,” katanya.

Filem The Lord Musang King yang diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production dan diedarkan oleh Metrowealth ini turut dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Eddie Chow, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri dan dua pelakon Korea iaitu Kwak Dong Hyuk dan Kim Bo Yeon. – 24 Disember 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related