Wilson Lee hampir tolak bintangi filem Rain Town, ubah fikiran selepas tahu pengarahnya ialah Tunku Mona Riza

Kata Wilson Lee, selama bergelar pelakon dia hanya terlibat dengan produksi filem berbahasa Cina dan ingin keluar dari zon selesa dengan bekerja dengan produksi lain

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon kacak, Wilson Lee mengakui dia hampir menolak untuk membintangi filem Rain Town sebelum mengetahui bahawa pengarah filem tersebut ialah Tunku Mona Riza Tunku Khalid.

Menurut Wilson, selepas sekian lama bergelar pelakon, dia sering berlakon untuk produksi filem-filem Cina dan ingin keluar dari zon selesa dengan melibatkan diri bersama produksi lain.

“Selama saya bergelar pelakon, saya hanya terlibat dengan produksi filem berbahasa Cina sahaja. Jadi bila saya dapat panggilan untuk pergi sesi uji bakat, pada mulanya saya ingin tolak.

“Tetapi bila saya tahu filem ini akan diarahkan oleh Tunku Mona, saya sangat terkejut dan teruja kerana saya secara peribadi ingin keluar dari zon selesa saya dan cuba untuk bekerja dengan produksi yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran trailer dan poster filem Rain Town.

Pada awalnya, Wilson Lee mahu menolak jemputan uji bakat untuk filem Rain Town tetapi tidak berbuat demikian selepas mengetahui filem itu bakal diarahkan oleh Tunku Mona – Gambar ihsan penerbit, 24 Disember, 2023

Tambah Wilson lagi, dia sangat suka bekerja dengan Tunku Mona kerana pengarah itu merupakan seorang yang sangat teliti dengan hasil kerjanya.

“Semuanya dilakukan dengan sangat teliti dari segi lakonan, jalan cerita dan skrip. Sebab itu saya sangat suka bekerja dengan produksi ini.

“Kami sangat selesa bekerja di set penggambaran. Tunku Mona tidak beri banyak tekanan kepada kami.

“Saya sangat berterima kasih dan bersyukur di atas peluang yang diberikan,” jelasnya yang sebelum ini pernah bergandingan dengan Qasrina Karim dalam filem Kongsi Raya.

Selain Wilson, filem Rain Town turut dibintangi oleh Chew Kin Wah, Susan Lankester, Febian Loo dan Pauline Tan.

Filem Rain Town dibintangi oleh Chew Kin Wah, Susan Lankester, Febian Loo dan Pauline Tan – Gambar ihsan penerbit, 24 Disember, 2023

Rain Town akan mula ditayangkan di seluruh pawagam tempatan bermula 8 Februari 2024 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Filem ini mengangkat kisah yang sarat dengan pelbagai emosi terutama apabila perlu berdepan dengan ibu bapa yang suka mengatur kehidupan anak-anak. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related