Arja Lee mahu buka sekolah seni di Kelantan

Menurut Arja, disebabkan kini dia menetap di Kelantan, dia turut berhasrat untuk membuka sebuah sekolah seni bagi mengembangkan lagi ilmu seni kepada rakyat di sana

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon yang kini bergelar pensyarah, Arja Lee bakal membuka sekolah seninya di negeri Kelantan pada tahun hadapan.

Menurut Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 40, sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan, dia mempunyai impian untuk membuka sekolah seninya sendiri di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Sebenarnya Kelantan adalah negeri ketiga di Malaysia yang kaya dengan seni dan budaya selepas Sabah dan Sarawak.

“Memandangkan saya pun sudah menetap di Kelantan, jadi saya mahu buka Arja Art Academy di sana tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur.

Arja turut menyimpan hasrat ingin kembali bergiat aktif dalam bidang nyanyian – Gambar ihsan penerbit, 23 Disember, 2023

Ditanya adakah kekangan dan cabaran yang perlu dihadapinya untuk membuka sebuah akademi seni di negeri yang terkenal sebagai serambi Mekah itu, kata Arja pada mulanya dia turut dipandang serong kerana status selebriti yang digalasnya.

“Apa yang boleh saya katakan, halangan dan cabaran itu sentiasa ada. Tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah saya banyak bergaul dengan orang tempatan, lakukan program kebajikan dan sebagainya.

“Saya terangkan kepada mereka secara baik, jangan menghakimi orang tanpa mengenali terlebih dahulu. Alhamdulillah mereka menerima saya seadanya.

“Kita datang dengan budi bahasa, jadi mereka dapat terima kita seadanya. Seni adalah untuk semua. Saya pun tak pernah bawa diri atau perkenalkan diri saya sebagai artis di sana,” kongsinya.

Bercerita mengenai filem lakonannya iaitu Sayu Yang Syukur yang diarahkan oleh Datuk Aaron Aziz, kata Arja dia juga hampir terlupa yang dia terlibat dengan filem itu kerana telah lapan tahun filem itu terperam.

Kata Arja (kiri, bersama Nora Danish dan Aaron Aziz), dia hampir terlupa yang dia terlibat dengan filem itu kerana telah lapan tahun filem itu terperam – Gambar ihsan penerbit, 23 Disember, 2023

“Sebenarnya bila dihubungi oleh penerbit iaitu Azmi Jamsari yang menyatakan filem ini akan ditayangkan, saya pun hampir terlupa saya terlibat dengan filem ini.

“Tetapi saya bersyukur kerana filem ini akan menjadi kemunculan semula saya dalam arena seni. Filem ini merupakan filem kedua saya selepas Anu Dalam Botol,” ujarnya.

Selain ingin membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan, Arja turut menyimpan hasrat ingin kembali bergiat aktif dalam bidang nyanyian. Untuk itu, dia berimpian untuk mendapatkan lagu daripada Aina Abdul.

“Saya sangat meminati Aina Abdul. Saya berkenan dan jatuh hati dengan lagu-lagu Aina. Bagi saya Aina seorang artis yang mempunyai jiwa seni yang sangat besar.

“Saya teringin bertemu dengannya dan beritahu yang saya inginkan lagu daripadanya. Tak kisahlah berapa pun harga yang diletakkan, saya tetap inginkan lagu daripadanya,” katanya. – 23 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related