DKD RM53.1 juta galakan pembiayaan 250 projek, bukti kerajaan komited majukan industri filem: Fahmi Fadzil

Peruntukan itu merangkumi RM30.1 juta bagi pelaksanaan 171 buah projek sedia ada serta RM23 juta kelulusan peruntukan bagi 79 projek baharu

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bagi meningkatkan daya saing, kualiti serta produktiviti filem-filem tempatan, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM53.1 juta di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) sebagai galakan bagi memajukan industri filem tempatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan antara sokongan yang diberikan oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Peruntukan itu merangkumi RM30.1 juta bagi pelaksanaan 171 buah projek sedia ada yang menghasilkan 8,550 peluang pekerjaan serta RM23 juta kelulusan peruntukan bagi 79 projek baharu dengan manfaat 3,950 peluang pekerjaan.

“Selain itu, Galakan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) sebanyak RM3.86 juta bagi 44 filem tempatan bawah Skim Wajib Tayang FINAS turut disediakan.

“Dalam pada itu, pelaburan asing dan domestik bernilai RM700 juta melalui FIMI pula telah mewujudkan 9,000 peluang pekerjaan,” katanya selepas Program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023 anjuran Finas, semalam.

Menurut Fahmi lagi, Finas sebagai agensi peneraju pembangunan industri filem yang kekal di bawah portfolio kementeriaannya itu turut menggariskan beberapa fokus utama bagi rekalibrasi industri filem untuk 2024.

“Antaranya meningkatkan daya saing ekonomi melalui skop pelaburan, pembiayaan dan kebolehpasaran berdasarkan ekosistem baharu serta memperkasakan profesionalisme modal insan melalui skop pekerjaan, pendapatan dan kebajikan.

“Pada ketika ini, pindaan Akta Finas 244 dan Dasar Perfileman Negara (DFN) sedang dikemas kini serta diperkasakan dengan misi menjadikan industri perfileman negara berdaya saing dan bertaraf global,” jelasnya.

Jelas Fahmi lagi, penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Finas juga menunjukkan keyakinan kerajaan terhadap potensi industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara yang menyumbang kira-kira 1.9% atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.

“Strategi pelaburan filem asing ke dalam negara juga menterjemahkan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang memacu Malaysia sebagai hab pelaburan filem yang kompetitif dan berpotensi khususnya di rantau Asean dengan produk budaya unik, komersial serta bakat tempatan berkualiti tinggi.

“Penghasilan filem tempatan dengan kandungan bercirikan kepelbagaian budaya serta etnik serta pelancongan filem (film tourism) juga berpotensi tinggi bagi menjana pelaburan dalam negara.

“Impak mempromosikan Malaysia melalui medium filem dengan mengambil kira penganjuran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026 bakal menarik 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.

“Dalam aspek perdagangan luar, misi kerjasama produksi antarabangsa (Co-Pro Treaty) antara Malaysia dengan China perlu dimeterai sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2024.

“Kerjasama ekonomi melalui aktiviti perfileman ini merupakan platform strategik bagi menembusi pasaran filem China yang bernilai RM27 bilion,” katanya lagi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai isu kebajikan pekerja industri kreatif perfileman, Fahmi turut memaklumkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed, baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu, saya telah membangkitkan keperluan meneliti bantuan sokongan keselamatan sosial melalui Perkeso untuk pelakon dan krew produksi yang bergantung hasil pendapatan menerusi projek ke projek.

“Saya ingin lihat bagaimana kita dapat sediakan skim Perkeso kepada pekerja dalam sektor perfileman yang rata-ratanya adalah freelancer (pekerja bebas) bagi membolehkan mereka dapat pencen ilat.

“Sebab buat masa ini caruman bagi individu tidak membolehkan mereka dapat pencen ilat. Bagi pelakon dan krew produksi, kaki, tangan dan tubuh badan mereka adalah alat mereka untuk bekerja.

“Kalau berlaku apa-apa, kesannya adalah seumur hidup. Melihat keadaan itu, saya tersentuh dan saya berharap akan ada perbincangan mendalam dilakukan susulan pertemuan saya dengan CEO Perkeso itu,” katanya.

Pada program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia Tahun 2023, Fahmi telah meraikan 26 penggiat industri filem dan syarikat produksi yang telah menempa kejayaan di peringkat lokal dan antarabangsa.

Bagi peringkat antarabangsa, sebanyak 30 filem tempatan telah berjaya menembusi festival filem antarabangsa serta meraih pelbagai anugerah yang turut disokong melalui galakan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Di peringkat pasaran domestik, kutipan box-office filem tempatan hingga kini adalah sebanyak RM98.8 juta untuk tayangan 56 buah filem.

Manakala, tiga karyawan seni tersohor iaitu Dr. Zuhir Haji Saari (U-Wei Hj Saari), Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Datuk Fauziah Nawi turut diraikan berdasarkan pencapaian serta sumbangan yang diberikan di dalam bidang seni perfileman. – 21 Disember, 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related