26 penggiat industri filem tempa kejayaan di peringkat lokal dan antarabangsa

30 filem berjaya tembusi festival filem antarabangsa serta raih pelbagai anugerah manakala kutipan box-office filem tempatan cecah RM98.8 juta

9:10 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Seramai 26 penggiat industri filem dan bakat kreatif yang mencatatkan kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa telah diraikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada program Spotlight: Apresiasi Sinema Malaysia.


Mereka diraikan melalui tiga kategori berbeza iaitu Pencapaian Filem Di Peringkat Antarabangsa (Filem Pendek dan Cereka); Pencapaian Filem Box-Office (Pecah Panggung) serta Pencapaian Khas dalam majlis anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) itu.

Melalui kategori Pencapaian Filem Di Peringkat Antarabangsa (Filem Pendek dan Cereka), 30 filem tempatan berjaya menembusi festival-festival filem antarabangsa serta meraih pelbagai anugerah yang turut disokong galakan Dana Kandungan Digital (DKD) dan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Bagi filem pendek, penerima yang diraikan adalah MOP (Joon Goh); Horologist (Jared Lee); Pillar of Strength (Mohamed Khairi Ibrahim); Please Hold The Line (Tan Ce Ding); Positive (Ahamed Aminudeen) dan The House of Brick and Stone (Ananth Subramaniam).

Penerima filem cereka pula adalah Tiger Stripes arahan Amanda Nell Eu/Produksi: Ghost GRRRL Pictures Sdn. Bhd.; Abang Adik (Jin Ong/More Entertainment Sdn. Bhd.); Hungry Ghost Diner (We Jun Cho Produksi/Kinovisuals Sdn. Bhd.); Oasis of Now (Darrel Chia Chee Sum/The Common Ist Sdn. Bhd. & Afternoon Pictures Sdn. Bhd.); Rain Town (Tunku Mona Riza/Current Pictures Sdn. Bhd.) dan Walid (Areel Abu Bakar/Layar Pictures Sdn. Bhd.).

Turut menjadi penerima filem cereka bagi kategori itu adalah Harum Malam arahan Dain Said terbitan Apparat Sdn. Bhd., Skop Productions Sdn. Bhd. dan D’ayu Pictures Sdn. Bhd.); Sumpahan Jerunei (Jason Chong/Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn. Bhd.); Stone Turtle (Woo Ming Jin/Greenlight Pictures Sdn. Bhd.); Barbarian Invasion (Tan Chui Mui/Da Huang Pictures Sdn. Bhd.) dan Snow In Midsummer (Chong Keat Aun/SunStrong Entertaiment).

Di peringkat pasaran domestik, kutipan box-office filem tempatan hingga kini adalah sebanyak RM98.8 juta untuk tayangan 56 buah filem dan sebahagiannya disumbangkan pembikin muda.

Penerima bagi kategori Pencapaian Box Office pula adalah Coast Guard Malaysia: OPS Helang arahan Allahyarham Pitt Hanif terbitan Flying Deal Sdn. Bhd. dan Arie Zahari Production Sdn. Bhd.; Imaginur (Nik Amir Mustapha/Lumatic Films Sdn. Bhd.) dan Didi & Friends The Movie (Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin/Warnakala Studios Sdn. Bhd., Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Digital Durian Sdn. Bhd.).

Penerima lain bagi kategori ini adalah Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd., Skop Productions Sdn. Bhd. dan TGV Cinemas; Rahsia (Shamyl Othman/Astro Shaw Sdn. Bhd., Five Star Film Production dan Kuman Pictures Sdn. Bhd.); Malbatt: Misi Bakara (Adrian The/Berjaya Pictures Sdn. Bhd., Act 2 Pictures Sdn. Bhd., Fast Bikes Sdn. Bhd., Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw Sdn. Bhd.).

Datuk Ahmad Tamimi Siregar menerima anugerah Pencapaian Khas untuk kejayaannya meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Asean International Film Festival & Award (AIFFA), Sarawak – Alif Omar/Scoop, 20 Disember, 2023

Bagi kategori Pencapaian Khas pula, ia diberikan kepada tiga karyawan seni tersohor iaitu Dr. Zuhir Haji Saari (U-Wei Hj Saari), Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Datuk Fauziah Nawi berdasarkan pencapaian serta sumbangan yang diberikan di dalam bidang seni perfileman.

U-Wei mencipta kejayaan membanggakan apabila terlibat sebagai juri dan mentor di festival filem antarabangsa, Ahmad Tamimi pula dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Asean International Film Festival & Award (AIFFA) di Sarawak manakala Fauziah pula telah dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related