‘Pemergian Lewis Pragasam satu kehilangan besar buat industri muzik’: Datuk Freddie Fernandez

Berita duka itu dikongsikan Facebook rasmi peminat ‘Lewis Pragasam Official Fan Page’

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemain drum jazz tersohor, Lewis Pragasam, 66, menghembuskan nafas terakhir pada jam 3 pagi tadi akibat serangan jantung.

Berita duka itu dikongsikan Facebook rasmi peminat ‘Lewis Pragasam Official Fan Page’.

“Bersemadi dengan tenang. Lewis Pragasam meninggal dunia pada jam 3 pagi akibat serangan jantung di Hospital Become Petaling Jaya,” katanya.

Dalam laman sama, dikongsikan video memaparkan mendiang sempat membuat persembahan di Plaza Shah Alam semalam sempena Krismas.

Menurut seorang rakan mendiang, Datuk Freddie Fernandez, beliau terkejut mendengar berita mengenai pemergian Lewis.

Datuk Freddie Fernandez. – Gambar Facebook,18 Disember, 2023

“Kami pernah terlibat dalam satu kumpulan muzik, iaitu Revolvers kira-kira 40 tahun lalu sebelum mendiang menubuhkan kumpulan muzik Asia Beat. Saya sudah anggap dia seperti adik saya sendiri.

“Sebenarnya saya ada diberitahu oleh kawan baik mengenai tahap kesihatan mendiang yang kurang baik sejak beberapa bulan lalu. Saya pun terkejut apabila mendapat tahu semalam mendiang sempat membuat persembahan di sebuah pusat beli belah.

“Mungkin dia belum pulih sepenuhya, tetapi atas semangat untuk teruskan persembahan dan kembali aktif dia buat juga. Dia memang seorang yang tak boleh duduk diam. Saya rasa mungkin ini adalah satu sebab kenapa dia kena serangan jantung,” katanya kepada Scoop.

Freddie juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat industri muzik Malaysia.

“Mendiang adalah pemuzik hebat bertaraf antarabangsa. Beliau dikenali di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat dan pernah bermain muzik dengan pemuzik di sana.

Bersama Asia Beat juga, katanya, Pragasam menghasilkan beberapa album dan menjadi impian beliau untuk membuat lagu jazz yang berfokuskan unsur etnik.

“Beliau banyak mempromosikan lagu mempunyai bunyi etnik menggunakan alatan muzik dari Timur yang dipadukan bersama irama jazz. Itu antara pencapaian dan sumbangan terbesar beliau kepada industri,” kongsinya.

Freddie, kali terakhir beliau bertemu dengan mendiang adalah pada tahun lalu sewaktu terlibat dengan acara muzik.

“Saya mengundang beliau untuk terbabit dalam River Jazz Festival yang saya anjurkan bersama Dewan Bandaraya berdekatan Pasar Seni. Beliau digandingkan bersama Steve Thornton dan John Thomas. Kita gabungkan mereka semua.

“Itu adalah perkara istimewa yang saya akan ingat sampai bila-bila dan kenangan indah untuk saya walaupun sudah 40 tahun kami tidak dalam kumpulan muzik,” katanya – 18 Disember 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related