12 lagu berjaya ke pentas AJL38, Ziana Zain, Aina Abdul dan Ernie Zakri antara finalis terpilih

Pengumuman 12 lagu terbaik yang layak ke pentas AJL38 diumumkan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

6:06 PM MYT

 

SHAH ALAM – Sebanyak 12 lagu terbaik dipilih untuk mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac 2024.

Keputusan 12 lagu tersebut diumumkan di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 hari ketiga yang berlangsung sebentar tadi.

Lagu-lagu yang terpilih adalah Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Sutera (Aisha Retno), Santai (Faizal Tahir), Inilah Jalannya (Masdo), Astana (Ernie Tahir), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita), Bintang (Hael Husaini), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

Kesemua 29 lagu yang bertanding telah diadili enam juri profesional terdiri daripada Datuk Mokhzani, Datuk Wah Ali, Dr Azmeer, Helen Yap, LY dan Cat Farish.

Ketua juri, Datuk Mokhzani Ismail. – Gambar Instagram, 2023

Menurut ketua juri, Datuk Mokhzani, lagu-lagu yang dipilih untuk ke AJL merangkumi pelbagai genre lagu yang dicalonkan.

“Lebih daripada separuh lagu yang dicalon di pentas separuh akhir adalah lagu balada. Kita ada 17 lagu balada dan selebihnya lagu pop dan etnik. Jadi kami perlu memilih dengan adil tanpa meminggirkan mana-mana genre yang bertanding.

“Setiap lagu perlu mendapat markah 85 ke atas untuk mendapat markah cemerlang,” katanya.

Sementara itu Dr Azmeer berkata, dia memuji penyanyi senior seperti Jamal Abdillah dan Ziana Zain yang masih bersemangat untuk menyertai AJL bersama pengkarya generasi baru.

“Jika penyanyi senior seperti Jamal dan Ziana boleh dan masih mahu menyertai pertandingan ini, penyanyi muda sepatutnya menjadikan mereka sebagai contoh,” katanya. – 17 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related