Sufian Suhaimi tarik diri dari SFMM38 beberapa jam sebelum acara berlangsung

Sufian yang sepatutnya menyanyikan lagu Budi bersama Kmy Kmo dan Luka Sickta mengumumkan penarikan dirinya menerusi hantaran di Instagram Story

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi Sufian Suhaimi mengumumkan menarik diri dari bertanding pada acara separuh akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), beberapa jam sebelum rancangan itu berlangsung hari ini.

Sufian sepatutnya menyanyikan lagu Budi itu bersama Kmy Kmo dan Luka Sickta.

Penarikan diri itu dibuat menerusi hantaran di Instagram Story.

“Assalamualaikum. Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tak akan bertanding di semi final Muzik Muzik 38 hari ini.

“Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan buat lagu Budi.

“Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan yang bertanding,” tulisnya.

Sebelum ini sudah ada desas desus bahawa lagu berkenaan tidak akan bertanding pada SFMM38, malah ketiga-tiga penyanyi terbabit juga tidak hadir sewaktu sidang media pengumuman lagu-lagu yang layak ke pertandingan berkenaan, beberapa minggu lalu. – 17 Disember 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related