Hafidz Roshdi tamat zaman duda, ‘Alhamdulillah #HafidzAthira’

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup di sebuah dewan perkahwinan di Glenmarie Shah Alam

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar khabar angin lagi, kini pelakon Hafidz Roshdi sudah selamat mendirikan rumahtangga dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada.

Hafidz mengahwini Athira dalam satu majlis pernikahan secara tertutup di sebuah dewan pernikahan di Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Hafidz sah memperisterikan Athira dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Pasangan itu mengenakan baju pengantin rona putih sedondon.

Hafidz berkongsi berita gembira itu menerusi foto dan video akah nikah yang dimuatnaik di akaun Instagram.

Dia juga turut menulis kapsten: “Alhamdulillah #HafidzAthira”.

Sebelum ini, tular gosip mengatakan Hafidz akan mengahwini Athira.

Namun, pelakon Ku Punya Hati dan Melastik Ke Hatimu 2 itu, enggan mengulas dakwaan terbabit sewaktu disoal pengamal media.

Terdahulu, Athira didakwa menjadi punca keretakkan rumah tangga Hafidz dan bekas isteri, Nurul Shuhada.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Perceraian mereka yang penuh kontroversi mendapat liputan cukup meluas daripada pengamal media.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan Itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Humairah, 6, dan Umar, 3 tahun. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related