Pertarungan BoBoiBoy Galaxy SORI bermula: Berjayakah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan menewaskannya?

Kemunculan pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya menerusi siri terkini itu, sentiasa ditunggu peminat setianya, selepas kali terakhir mereka muncul dalam BoBoiBoy Galaksi pada tahun 2019

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun, BoBoiBoy dan rakan-rakannya kembali dalam pengembaraan terkini menerusi siri animasi terbaharu, BoBoiBoy Galaxy SORI yang menampilkan aksi pertarungan lebih mencabar bagi mengekalkan keamanan galaksi.

Kemunculan pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya itu, sentiasa ditunggu peminat setianya selepas kali terakhir mereka muncul dalam BoBoiBoy Galaksi pada tahun 2019.

Siri animasiBoBoiBoy Galaxy SORI menemui penonton di seluruh rantau Asia sejak 3 Disember lalu, menerusi platform penstriman popular Netflix dan Monsta YouTube Channel.

Manakala, Stesen TV9 menayangkan siri terbabit bermula 13 Disember lalu pada setiap Rabu dan Khamis, bermula jam 6.30 petang.

Tayangan BoBoiBoy Galaxy akan dibahagikan kepada empat siri pendek, iaitu BoBoiBoy Galaxy SORI, BoBoiBoy Galaxy Windara, BoBoiBoy Galaxy Gentar dan BoBoiBoy Galaxy Gur’latan.

Setiap siri akan mengandungi enam episod baharu dengan tema berbeza, berlatarbelakangkan penceritaan dan pengembaraan yang diolah semula dari siri komik BoBoiBoy Galaxy Musim Ke-2 keluaran Monsta.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak berkata, pihaknya sedar ramai penonton yang mengikuti BoBoiBoy dari kecil, kini sudah membesar dan dewasa.

“Mereka ini kami namakan sebagai Generasi-B (BoBoiBoy), di mana mereka setia dan membesar bersama BoBoiBoy bukan setakat sebagai siri animasi, malah ikon sihat serta mempunyai jati diri kuat yang boleh dicontohi.

“Bagi meraikan peminat dan penonton setia BoBoiBoy, kami juga menganjurkan acara Megafan Screening BoBoiBoy Galaxy SORI dengan kerjasama GSC di IOI City Mall, Putrajaya awal bulan ini.

“Ratusan peminat BoBoiBoy hadir memberikan sokongan pada acara berkenaan, sehingga mencetuskan gelombang oren dan mereka berpeluang menjadi yang pertama di dunia untuk menonton episod satu, dua serta tiga dan siri animasi terbabit melalui tayangan khas di layar perak,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar, Pengurusan Program dan Kandungan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarudin berkata, pihaknya tidak sabar menayangkan siri terbaharu Boboiboy Galaxy Sori kepada penonton setia saluran berkenaan.

“Setelah lima tahun, ramai penonton kami yang menonton siri terdahulu, kini meningkat remaja dan melalui siri ini, kami dapat mengumpul lebih ramai penonton, iaitu penonton terdahulu dan baru.

“Menariknya, siri animasi Boboiboy Galaxy Sori ini dihasilkan dengan lebih halus dan berkualiti tinggi, selain memberikan jalan cerita segar. Tidak mustahil untuk setiap episod yang ditayangkan tidak kira di platform Youtube ataupun di saluran TV9, boleh mencecah lebih 500,000 jumlah tontonan,” katanya.

“Pengembaraan BoBoiBoy Galaxy Sori mengisahkan gabungan elemen antara BoBoiBoy Solar dan BoBoiBoy Duri. BoBoiBoy dan rakan-rakannya berpindah ke pangkalan TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheres),bertujuan mengekalkan keamanan galaksi yang memerlukan mereka menghalang Sfera Kuasa jatuh ke tangan pihak salah,” katanya.

Demi menjayakan misi mereka, BoBoiBoy harus mempelajari kekuatan elemen tahap ketiga di Planet Rimbara, iaitu bekas jajahan King Balakung, pemilik asal Kuasa Elemental Balak.

BoBoiBoy dan rakan-rakannya perlu menghadapi pelbagai cabaran dan melawan beberapa penjahat.

Dapatkah BoBoiBoy membongkar rahsia King Balakung dan mendapatkan Kuasa Elemental Balak?

Berjayakah BoBoiBoy mempelajari Kuasa Elemen Tahap Ketiga?  – 15 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related