KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Fathia Latiff merancang untuk terbang ke Gaza tahun hadapan.
Perkara itu dikongsikan Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 35, menerusi hantaran di Instagram.
“Terbang ke Gaza tahun hadapan. Doakan saya Syahid. Amin,” tulisnya.
Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen yang mengaminkan doa Fathia itu dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Namun ada juga netizen yang mempertikaikan niatnya ke Gaza.
“Jihad dengan diri sendiri pun tak ‘settle’ lagi. Ubah kejadian tuhan dekat muka tu. Ada hati nak pergi jihad di Palestin?,” tulis salah seorang pengguna Instagram.
Ada juga yang mempersoalkan tindakannya yang dikatakan baru membeli barangan berkaitan Israel.
“Pergi Gaza buat apa? Bukan hari itu Kak Ya (Fathia) baru lepas beli barangan yang sokong Israel ke?,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Fathia telah berkongsi fotonya yang baru selesai membeli belah sempena pra krismas.
Dalam foto berkenaan, Fathia telah menayang dua beg beli belah dari jenama antarabangsa dan menghirup kopi dari jenama yang dikatakan memberi sokongan kepada Israel. – 14 Disember, 2023